Saya berblog bukan kerana nama? Saya berblog bukan kerena mahu dipuji? Saya berblog bukan kerana wang? Saya berblog bukan kerana kawan? Saya berblog bukan kerana terpengaruh? Saya berblog bukan kerana ikut-ikutan? Saya berblog bukan kerana ‘minta puji’?
Jadi kenapa …?Rakan-rakan dan kawan-kawan blogger sekalian, untuk pertama kalinya timbul dalam fikiran saya kenapa saya berblog. Saya merenung dan merenung dan merenung terlalu jauh sehingga saya rasa kelopak mata saya tidak berkedip untuk beberapa tempoh. Tembok di depan saya seakan tembus. Tembus bukan dengan pandangan mata kasar tetapi tembus oleh pemikiran yang menjelajah jauh.
Wah aduh … hebat juga pengaruh blog ini …
Saya sebenarnya budak hingusan dalam berblog. Masih terlalu mentah. Belum pun layak disebut sebagai ‘blogger setahun jagung’. Kadang kala saya rasa saya terlalu excited dengan tulisan-tulisan rakan-rakan serta kawan-kawan blogger yang jauh lebih mantap dan mampan. Inilah yang terus menghidupkan keinginan saya untuk memaparkan sebarang entri di blog Keluarga Harmoni yang tidak seberapa ini.
Entri-entri yang saya postkan sememangnya mempunyai seribu satu kelemahan. Kelemahan-kelemahan ini kerana terlalu banyaknya sehingga saya sendiri tidak menyedari dan langsung tidak berupaya mengesannya.
Apa pun, sehingga kini saya sangat menghargai semua teman-teman, rakan-rakan, serta kawan-kawan blogger yang setia melawat dan melakukan sebarang klik ke atas posting diblog saya. Saya junjung dan hormat kepada semua anda di sana. Kerana andalah saya masih tekad dan terus nekad berblog selagi hayat dikandung badan.
2 comments:
yeah!! Bravo Blogers!!
salam kenal aja .......
Post a Comment