My Dear Friend, If You Want To Receive Very New And Hot Entry, Follow Me Here

Let Me have An Easy Way To Reach You Back

Please Press Once And I'll Press YoursToo

Your IP Address is:

Need Another Language For This Site?

Servise Peti Sejuk & Penyamanan Udara

Exchange Banner With Me?

Gaya View.
Copy and paste this code into your web:

Very Hot Entry You Might Like

Read Popular Malaysia News Paper Daily

Updated Everyday. Just Follow Here:
Popular Malaysia News Paper
Showing posts with label prihatin. Show all posts
Showing posts with label prihatin. Show all posts

Friday, February 3, 2012

Keperitan Hidup Ibu Tunggal Warga Emas

Kisah ini benar-benar menyentuh kalbu ini. Bagaimana mungkin seorang bekas kakitangan awam boleh terlepas dari penglihatan pihak-pihak berkuasa sehingga hidupnya dilanda keperitan. Apakah jasa-jasa yang pernah dia sumbangkan kepada negara, khususnya kepada jabatan perkhidmatan awam tidak sedikit pun diambil peduli? 
Saya fikir, sebagai rakyat yang sentiasa di'persembah'kan dengan laungan 'rakyat didahulukan', sepatutnya tidak ada lagi rakyat yang mendertita keperitan hidup dipermukaan bumi bertuah ini sendiri!

Jika ada sesiapa yang terbaca dan terdorong untuk menjadi prihatin, tolong siasat keadaan ibu tunggal yang menderita keperitan hidup ini seperti yang disiarkan dalam tabloid myMetro bertarikh 03 Januari 2012, Jumaat dan ajukan kepada pihak-pihak berkuasa untuk tindakan bantuan yang sepatutnya.

Untuk berita selengkapnya, baca selanjutnya ...

Monday, March 14, 2011

Berani Berkata Tidak

 

Bilakah terakhir anda berkata 'tidak' kepada seseorang, atau kepada sesiapa pun?

Kebanyakan orang tidak begitu berani untuk menyatakan isi hati mereka. Tak kiralah dalam apa juga perkara. Mungkin itu ada kaitan dengan tugas mereka sehari-hari sebagai pekerja sebuah syarikat, pekerja sebagai seorang pendidik, pekerja sebagai seorang pemandu, pekerja sebagai seorang suri rumah, pekerja sebagai seorang pelajar, atau pun mungkin pekerja sebagai seorang buruh kasar.
Lebih ramai yang beranggapan bahawa mereka sudah sepatutnya berada dibawah telunjuk seseorang 'bos' dan mesti sentiasa memperlakukan diri sebagai 'yes man' kepada pihak atasan mereka. Benarkah demikian? Apakah kerana mereka seorang pekerja bawahan, mereka mesti 'patuh' 100% kepada semua suruhan dari pihak atasan mereka? Sepatutnya demikian, bukan!

Namun ada masa-masa tertentu dimana perkataan dan pengakuan 'yes man' semata-mata, tidak memadai untuk menunjukkan ketaatan seseorang pekerja kepada majikan, seseorang murid kepada guru, seseorang buruh kasar kepada penyelia. Maknanya, tindakan-tindakan untuk melaksanakan sesuatu arahan kadang-kala dilakukan bukan dengan kerelaan 100% tetapi atas dorongan ketidaksetujuan mengenai sesuatu perkara.
Sesiapa pun anda, sebagai pihak atasan, anda perlu peka dengan reaksi, dan gerak-geri seseorang yang berada dibawah anda tak kira mereka itu pekerja anda, murid anda, kuli anda, anak-anak anda, bawahan anda, atau suami/isteri anda.

Adalah lebih baik jika seseorang mampu melakasanakan suatu tugasan dengan rasa tenteram dan damai berbanding jika seseorang melakukan seratus tugasan dengan rasa gementar kerana hanya mahu menyiapkan kerja yang anda arahkan kerana dikongkong dengan teknik 'paksa-rela'.

Jadilah pendidik prihatin, majikan prihatin, atasan prihatin, 'bos' prihatin, suami/isteri prihatin, dan mereka yang berada di bawah anda akan merasa selesa, tenteram, dan sejethera sementara mereka melaksanakan kerja-kerja yang diberikan.