My Dear Friend, If You Want To Receive Very New And Hot Entry, Follow Me Here

Let Me have An Easy Way To Reach You Back

Please Press Once And I'll Press YoursToo

Your IP Address is:

Need Another Language For This Site?

Servise Peti Sejuk & Penyamanan Udara

Exchange Banner With Me?

Gaya View.
Copy and paste this code into your web:

Very Hot Entry You Might Like

Read Popular Malaysia News Paper Daily

Updated Everyday. Just Follow Here:
Popular Malaysia News Paper
Showing posts with label teman berblog. Show all posts
Showing posts with label teman berblog. Show all posts

Thursday, January 19, 2012

"Only The Best Stay Longer"

"Saya akan tetap jadi follower blog anda walau apa pun yang berlaku kecuali blog anda dah tak ada lagi...". Kesian saya ... sob ... sob ... (~v~)

Telaahan saya ternyata meleset. Jangkaan saya jauh meleret. Dugaan saya melencong habis. Nampak gaya saya perlu akur. Keadaan tidak seindah sebagaimana yang diharapkan. Impian tidak selalunya menjadi kenyataan. Aduh, pedih. Memang pedih hati ini. Teremo pulak 'aku' ni ...

Tetapi tidak. Sebenarnya tidak. Sebagai "aku budak baru belajar" dalam arena blogger ini, sudah tentu ada berbagai situasi yang boleh meruntun semangat untuk jadi blogger berpendirian jati, dan tidak perlulah mudah terguris dan terhiris hati sehingga melemahkan semangat untuk terus berbelog selagi berdaya.

Agaknya, dah sampai masa untuk disfollow blog KH ni. Saya tidak pasti apa penyebab sehingga ada beberapa teman follower blog KH ini 'cabut lari'. 'Mungkin' saya terlepas pandang dan jarang mengunjungi anda sejak follow sini. Maaf ya ... inilah kelemahan manusiawi diri ini. Atau mungkin ada presepsi lain yang tidak pernah saya jangkakan.

Apa pun, andai pun anda dah cabut lari dari blog KH ni, saya tetap lekatkan ikon saya pada blog-blog teman-teman kecualilah rakan-rakan blogger dah terlalu 'muak' lalu men'delete'nya ... saya pasrah. Menerimanya dengan hati terbuka.

Semoga Suksess Selalu.

Have a nice day.

Salam hormat dari saya

Gaya View.
Kredit kepada: superhotfile.com

Wednesday, January 18, 2012

"Aku Dah Nak Tebus Ni!"

Sedar tak sedar rupa-rupanya saya dah tak update blog KH ni untuk sekian lama sejak 6 Januari 2012 kecuali semalam [17 Januari 2012].

Ini adalah entri saya pada 6 Januari 2012. Nampaknya saya dah membiarkan blog KH idle dengan sendirinya walaupun saya cuma sekali-sekala blogwalking di blogger teman-teman.




Semalam 17 Januari 2012, saya buat satu entri yang biasa-biasa saja. Dengan satu motif: update blog KH selain menyambung semula keinginan untuk melepaskan diri dari kepompong 'kemalasan' yang tidak dirancang.




Sebagai seorang yang sentiasa berhadapan dengan para pelajar yang lebih 'advance', pelajar yang bijak melihat, bijak mendengar, bijak menilai, bijak berkata-kata, bijak meluahkan pendapat, bijak beremosi, dan seumpamanya, kadang kala saya terhumban dalam gaung kecamuk yang tidak berkesudahan ditambah dengan tugas rutin dan tugas 'tidak nyata' yang sering datang tanpa menentu. Saya panggil ini sebagai serang-tubi masa, dan pada akhir masa lapang juga turut diheret bersama untuk menyelasaikan setiap tanggungjawab.

'Serangan-serangan' seumpama ini, mahu tidak mahu menyebabkan saya sering ketepikan hal-hal berblog walaupun pada dasarnya saya rindu untuk update KH.

In the end, saya pasti yang ini: masa berlalu dengan kepantasan kilat. Saya akur ini.