My Dear Friend, If You Want To Receive Very New And Hot Entry, Follow Me Here
Let Me have An Easy Way To Reach You Back
My Friend Link And Banner
Please Press Once And I'll Press YoursToo
Your IP Address is:
Need Another Language For This Site?
Very Hot Entry You Might Like
Read Popular Malaysia News Paper Daily
Showing posts with label sayang. Show all posts
Showing posts with label sayang. Show all posts
Thursday, November 20, 2014
Wednesday, September 24, 2014
Nenek, Jangan Tinggalkan Adi
Adi hairan. Tengah hari itu orang
terlalu banyak. Ramai sangat. Tidak seperti hari-hari yang sudah lalu. Dalam
hati, Adi terfikir-fikir sendirian. Mencari jawapan yang tidak pasti. Kenapa?
Kenapa hari ini rumah Aki dan Indi ramai orang? Selalunya keadaan rumah Indi
dan Aki tidak sesibuk ini, fikir Adi. Ida, adiknya tidak ada menyambut
kepulangannya tengah hari ini seperti hari-hari yang sudah. Entah kenapa.
Jiwanya mula resah. Resah mencari jawapan. Kelibat Aki pun dia tak nampak. Indi
di mana? Perasaan Adi tambah gelabah. Adi nampak Tok Penghulu mundar-mandir di
halaman rumah Aki dan Indi. Jerban pun dia nampak. Ada
ramai perempuan setengah usia turut sama berada di sana. Beberapa pemuda sasa juga sedang
berdiri tidak jauh dari Tok Penghulu dan Jerban. Beberapa orang gadis sunti
tersenyum-senyum kambing melihat Adi. Namun pada setiap wajah kelihatan muram. Tidak
berseri seperti kebiasaan. Adi tambah kebingungan. Kenapa?
Tuesday, August 27, 2013
Isteri Didera Suami vs. Anak Didera Ibu
Kejadian luar biasa semakin menjadi-jadi. Perlakuan luar biasa manusia-manusia biasa semakin menjadi-jadi juga. Perlakuan luar biasa dalam mkeganasan. Yang lemah lembut bertukar kasar dan ganas. Yang dulunya sayang-menyayangi kini bertelingkah tak tentu sebab. Yang dulunya limpah dengan sabar kini bertukar sifat menjadi perengus, panas baran dan pendendam. Seakan lupa yang mereka masih berpijak di bumi nyata.
Saya ingin menyentuh kekejaman suami terhadap isteri. Sebelum itu izinkan saya luahkan beberapa persoalan.
Jika anda lelaki, kenapa anda menikahi seorang wanita? Kenapa dulu sewaktu anda berpacaran anda amat menyayangi teman perempuan anda? Setelah anda menikahinya kenapa anda tergamak mencederakanya? Kenapa, kenapa dan kenapa? Anda jawablah sendiri! Lelaki yang sanggup mencedera apa lagi mendera isteri adalah lelaki BONGOK! Anda patut dan hanya layak menghawini beruk atau bangkarung! Mendekati manusia bernama perempuan sebenarnya anda tidak layak!
Ini adalah luahan hati saya. Saya geram. Saya marah. Saya adalah lelaki sama seperti anda. Tapi saya tidak tegah melihat wanita diperlakukan kejam seperti yang selalu kita lihat. Ada yang dirogol, penculikan, pemerdagangan, dibuli, dipotong-potong, dicederakan, didera dan berbagai. Cuba anda fikir, kalau itu emak anda, kalau itu kakak anda atau kalau itu adik anda, apa yang ada dalam fikiran anda. Atau memang anda tidak ada perasaan kasihan dan tidak berbalas kasihan terhadap wanita dan perempuan.
Jika anda tidak mampu menilai ini dengan wajar, anda patut hidup keseorangan sebagai lelaki di gurun gersang yang tidak ada seorang pun perempuan. Baru padan muka anda.
Lelaki seperti ini adalah lelaki jahanam dan laknat! Lelaki seumpama ini tidak layak dilahirkan di dunia ini.
Saya tahu, ada mungkin diantara anda yang mengatakan pandangan saya tidak adil dalam hal ini. Tidak dan tidak sama sekali. Ini bukan soal adil atau tidak adil. Lelaki sebenarnya dijadikan sebagai pelindung, penjaga dan menjadi teman dan sahabat kepada wanita. Bukan sebaliknya. Semua kepercayaan mengatakannya sedemikian. So what? Kalau lelaki sudah sanggup melakukan tindakan-tindakan kejam dan perlakuan ganas terhadap wanita, anda patut jangan melihat, menyentuh dan menjamah wanita!
Saya mengakui ada beberapa kejadian wanita mendera lelaki tetapi peratusannya sangat terhad. Usah lihat jauh. Lihatlah di persekitaran anda. Di rumah anda. Di kejiranan anda. Di pekan anda. Di kota anda. Apa yang anda boleh lihat? Atau anda sengaja tidak mahu melihat? Keganasan terhadap wanita yang dilakukan oleh lelaki jauh lebih tinggi! Selain geram dan marah, saya juga merasa gerun dengan perkara ini.
Ini keganasan lelaki khususnya suami terhadap isteri. Baiklah, saya akan sentuh satu lagi perkara. Keadaan ini semakin merimaskan malah merisaukan.
Cuba anda fikir. Adakah patut seorang perempuan yang sanggup mengandung anaknya sepanjang tempoh sembilan bulah lebih dan akhirnya selepas dilahirkan anak itu dipukul, disakiti dan didera? Malah ada yang sampai mati disakiti! Patutkah tak patut?
Saya tidak ada idea bagaimana saya menggambarkan perempuan seumpama ini. Apakah dia binatang? Entah sebab setahu saya binatang tidak membunuh anak mereka.
Pandangan saya dalam hal ini jelas. Perempuan seperti ini sebenarnya tidak waras. Jadi, sebelum dia mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga dengan lelaki pilihannya dia patut mempastikan mental, fizikal dan rohaninya waras. Dia harus sanggup melalui apa-apa cabaran berbentuk kesakitan, kerisauan, kesusahan dan penderitaan lain yang dia akan tempuhi apabila dia ada anak kelak.
Kadang kala ada wanita yang sangat syok mahu mendirikan rumah tangga tanpa memikirkan tanggungjawab yang sangat berat yang harus dipikul dimasa akan datang. Mereka hanya ligat masa kini kerana 'syok' tapi tidak waspada dengan kewajipan untuk rumah tangga! Atau mereka tidak bersedia sepenuhnya dengan kehadiran anak dalam rumah tangga mereka.
Setiap hari kita sering disogokkan dengan berita-berita yang menyayat hati dan melebur emosi. Apa tidaknya, apabila ada anak-anak kecil molek yang baru berumur beberapa bulan sudah masuk ICU kerana menerima 'penangan' dari ibu mereka. Malah ada yang meninggal dunia. Ibu jenis apakah ini? Dimanakah kewarasan seorang ibu jika sudah sanggup melakukan kekejaman terhadap anak kecil mereka? Saya fikir perempuan seumpama ini tidak layak disebut 'ibu'!
Kepada pembaca sekalian, mohon maaf jika saya terkasar kata. Inilah luahan kata hati saya. Walau pun kita sering dengar dengan kata-kata, 'saya tidak sempurna, saya insan biasa, sering melakukan kesalahan', tapi bertekadlah untuk tidak melakukan 'kekejaman' dna 'penderaan' terhadap isteri anda jika anda bergelar suami dan sayangilah anak anda dengan sepenuh jiwa raga jika anda seorang ibu.
Sekian.
Ikhlas dari saya
somoon gomp
Subscribe to:
Posts (Atom)







![Blog [Pabk-4you]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgXgnicotAuu9E52Y3cwfUfRofkwsPaQ9EMsSaA5exNnPoomKcpx3-NqoXnAowtDu51g98nMlt0vwtf-JpXWZ1StBxM-QCK0va0PRQrCq8R_s2slXwwQX1mgqtzxgHE7xYPdfU-gTGKs10/s1600/c4edf85f12ceb7.gif)




































