Kisah ini benar-benar menyentuh kalbu ini. Bagaimana mungkin seorang bekas kakitangan awam boleh terlepas dari penglihatan pihak-pihak berkuasa sehingga hidupnya dilanda keperitan. Apakah jasa-jasa yang pernah dia sumbangkan kepada negara, khususnya kepada jabatan perkhidmatan awam tidak sedikit pun diambil peduli?
Saya fikir, sebagai rakyat yang sentiasa di'persembah'kan dengan laungan 'rakyat didahulukan', sepatutnya tidak ada lagi rakyat yang mendertita keperitan hidup dipermukaan bumi bertuah ini sendiri!
Jika ada sesiapa yang terbaca dan terdorong untuk menjadi prihatin, tolong siasat keadaan ibu tunggal yang menderita keperitan hidup ini seperti yang disiarkan dalam tabloid myMetro bertarikh 03 Januari 2012, Jumaat dan ajukan kepada pihak-pihak berkuasa untuk tindakan bantuan yang sepatutnya.
Untuk berita selengkapnya, baca selanjutnya ...







![Blog [Pabk-4you]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgXgnicotAuu9E52Y3cwfUfRofkwsPaQ9EMsSaA5exNnPoomKcpx3-NqoXnAowtDu51g98nMlt0vwtf-JpXWZ1StBxM-QCK0va0PRQrCq8R_s2slXwwQX1mgqtzxgHE7xYPdfU-gTGKs10/s1600/c4edf85f12ceb7.gif)


































