Mangsa Kedayusan Suami
Suami paling dayus
Dia dipaksa melakukan hubungan seks dengan seorang remaja berumur 15 tahun yang juga sepupu kepada suaminya. Dan si suami pula seronok merakam aksi menjijikkan itu.
Apakah jenis zuriat atau keturunan yang dia mahu sumbangkan kepada dunia? Suami seumpama ini benar-benar tidak tahu apa tujuannya memperisterikan seseorang wanita.
Saya fikir lelaki seperti ini, mengambil kera sebagai isterinya pun dia tidak layak.
Huh … ada pula lelaki paling bebal, bodoh, tubal dan laknat seumpama ini di Malaysia!
Ikuti kejadian yang menjijikkan ini seperti yang dinyatakan mangsa:
Arau: “Dia tak patut hidup lagi di dunia ini kerana perangainya lebih teruk daripada binatang,” melakukan hubungan seks dengan seorang remaja berusia 15 tahun.
Malah, dalam kejadian yang berlaku jam 3 petang, 1 Januari lalu, si suami durjana itu turut membantu remaja terbabit merogol mangsa yang sedang hamil apabila wanita berkenaan meronta.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nora, 19, berkata, suaminya turut merakam aksi hubungan seksnya dengan remaja terbabit yang juga sepupu lelaki itu.
“Selepas itu dia (suami) pula melakukan hubungan seks secara paksa dengan saya,” katanya ketika ditemui Harian Metro, di sini, semalam.
Berikutan
kejadian itu, Nora membuat laporan di Balai Polis Arau pada hari yang sama,
menyebabkan suaminya yang berusia 22 tahun serta remaja terbabit ditahan untuk
siasatan lanjut.
sumber:
myMetro
No comments:
Post a Comment