Isteri-isteri yang sudah bersuami
sering tidak mampu mengawal keinginan nafsu apabila suami terpaksa berjauhan
kerana bekerja. Sepatutnya isteri-isteri tersebut tahu mengawal nafsu seks
mereka dan tidak sekali-kali membiarkan orang ketiga ‘menceroboh’ kawasan yang
hanya suami sahaja yang berhak.
Apa pun alasan, tiada seorang suami
yang sanggup melihat isteri mereka berhubungan sulit dengan siapa pun lelaki
apa lagi sehingga tergamak melakukan perlakuan zina. Tak kira lelaki itu bekas
teman kah atau bekas kekasih kah atau kawan rapat kah atau rakan sekerja yang
ramah kah, tidak ada lampu hijau untuk ‘menceroboh’ sama sekali. Tiada.
Bagi saya, patut pun Wisut berasa
sangat berang apabila ada lelaki lain dirumah mereka diawal pagi. Apa tujuan
lelaki itu? Apa tujuan isteri itu sendiri? Mengaku isteri konon, tetapi ‘benda
celah kangkang’ pun tidak pandai jaga apabila suami tiada.
Kepada semua lelaki yang bergelar
suami dan perempuan yang bergelar isteri, anda patut bijak menjaga ‘barang di
celah kangkang’ anda dalam apa pun keadaan. Jauhi zina supaya tiada musibah
yang menimpa hidup dan diri anda! Jauhi dosa!
Ikuti kisah Sudara Wisut Sahasamut
apabila di membelasah Noppadol Iamserm iaitu kekasih kepada isterinya kerana
sedang berada di rumahnya diawal pagi semasa ketiadaannya.
Siapa suami yang tidak berang?
Bangkok:
Terkejut sebelum sempat mengejutkan itu yang berlaku ke atas seorang tukang cat
yang pulang lebih awal untuk bertemu isterinya.
Lebih
malang kepulangan Wisut Sahasamut, 25, yang bekerja di pelantar minyak itu
membawa kepada tragedi. Wisut ditangkap kerana bakal menghadapi dakwaan
membunuh kekasih isterinya.
Sebelum
itu Wisut sengaja pulang diam-diam dan lebih awal daripada sepatutnya untuk
membuat kejutan awal pagi semalam.
Namun
apabila tiba di rumah Wisut terkejut kerana mendapati seorang lelaki lain,
Noppadol Iamserm, 24, berada di kediaman mereka dekat daerah Klong Luang,
Pathumthani.
Wisut
mengenali Noppadol kerana lelaki terbabit pernah menjalin hubungan dengan
isterinya. Kedua-dua lelaki terbabit kemudian bertengkar dan keadaan menjadi
tidak terkawal apabila Wisut membelasah Noppadol hingga mangsa tidak sedarkan
diri.
Jurucakap
polis berkata, selepas melihat mangsa sudah tidak berdaya, Wisut segera
menghubungi ambulans dan pihak berkuasa.
“Ketika
petugas kecemasan tiba, mereka mendapati mangsa sudah tidak bernyawa,” katanya.
Menurut
jurucakap berkenaan Wisut mengakui membelasah Noppadol tetapi tidak berniat
mahu membunuhnya. Polis kemudian menahan Wisut untuk siasatan lanjut dan
mungkin mendakwanya atas tuduhan membunuh. – Agensi
sumber:
myMetro
No comments:
Post a Comment