My Dear Friend, If You Want To Receive Very New And Hot Entry, Follow Me Here

Let Me have An Easy Way To Reach You Back

Please Press Once And I'll Press YoursToo

Your IP Address is:

Need Another Language For This Site?

Servise Peti Sejuk & Penyamanan Udara

Exchange Banner With Me?

Gaya View.
Copy and paste this code into your web:

Very Hot Entry You Might Like

Read Popular Malaysia News Paper Daily

Updated Everyday. Just Follow Here:
Popular Malaysia News Paper
Showing posts with label smile. Show all posts
Showing posts with label smile. Show all posts

Tuesday, December 27, 2011

Tips Hidup Harmoni

Senyum dan ketawalah lebih banyak lagi.

Bilakah masa terakhir anda tersenyum dan ketawa? Senyum dan ketawa adalah dua aksi spontan tubuh badan yang tidak boleh dipisahkan apabila anda senang, gembira atau bersukacita. Anda tidak selamanya tersenyum. Anda juga tidak selamanya ketawa. Perlakuan ini hanya berlaku pada masa-masa, dan pada keadaan-keadaan tertentu sahaja.

Monday, August 22, 2011

Setakat Mana Sakit Gigi Mengganggu Keselesaan Anda

Bagi anda, gigi itu untuk apa? Apakah gigi hanya digunakan untuk menghancur-lumatkan bahan makanan yang disuapkan ke dalam mulut sebelum ditelan? Atau apakah gigi itu berfaedah sebagai penyeri wajah? Atau apakah gigi itu memang tempatnya di mulut dan tidak ada apa-apa fungsi lainnya yang lebih spesifik? Saya tertanya-tanya kenapa ya setiap gigi itu ada akarnya? Tidakkah lebih baik jika gigi itu melekat terus ke tulang rahang agar tahan lama dan tidak dapat dicabut? Fikirkan ... atau kalau gigi dah nak rosak dan perlu dicabut maka ia akan lebih memudaratkan lagi kehidupan empunya gigi rosak tersebut.

Saya terfikir-fikir bagaimana rasanya sakit gigi itu kerana setakat ini saya belum merasai kesakitan akibat kerosakan gigi.. Bukan minta-minta tetapi syukur kerana malapetaka yang satu ini masih jauh dari mulut ini. 

Secara lojik, kesakitan gigi lazimnya dikaitkan dengan kerosakan gigi. Ini berlaku kerana seseorang itu tidak menjaga kebersihan gigi. Mungkin bagi kanak-kanak masalah ini tidaklah menimbulkan kesakitan yang melampau kerana gigi kanak-kanak masih boleh tumbuh selepas patah. Ini dikenali sebagai gigi susu.

Bagi kanak-kanak, gigi-gigi berkarat, menjadi kehitaman dan rosak adalah kesan dari tidak adanya penjagaan gigi yang rutin dan rapih oleh ibubapa anak-anak tersebut bermula dari awal lagi. Apa pun ada ramai kanak-kanak yang mengalami kerosakan gigi tidak terkecuali dari menderita sakit gigi. Umumnya jika keadaan ini berlaku, mahu tidak mahu gigi-gigi yang rosak perlulah dicabut.

Bagi orang dewasa, kesakitan akibat kerosakan gigi hampir tidak tertanggungkan. Ada ramai rakan yang mengatakan bahawa kalau kesakitan gigi itu datang, seakan-akan seluruh tubuh badan menderita dan kalau boleh akan dikorek-korek gigi yang sakit itu seketika itu juga. 

Dengan usaha yang pelbagai dan bagi meredakan kesakitan gigi tersebut maka banyaklah tindakan-tindakan dan aksi-aksi yang dilakukan hanya dengan tujuan agar kesakitan itu dapat ditanggung. Dikala sakit ada yang menjadi marah-marah, pening kepala, muntah, menangis, malah ada yang meraung kerana penderitaan yang benar-benar memeritkan. Tidak kurang yang akan meletakkan apa saja benda penawar pada gigi yang mendatangkan masalah tersebut.

Penawar muktamad bagi gigi rosak dan sakit tidak lain ialah dengan mencabutnya pada waktu kesakitan tidak lagi menyerang. Inilah saja penawar yang paling mujarab.

Semua orang mahukan gigi yang cantik dan malah sihat. Bukan dibahagian hadapan sahaja tetapi pada keseluruhan gigi yang ada di dalam mulut seseorang. Selain cantik dan bersih, gigi juga mampu menjadikan penampilan seseorang lebih berkeyakinan dan mantap. Ya hanya kerana memiliki barisan gigi-gigi yang sihat, bersih dan cantik.

Sedihnya, masih ramai orang yang tidak memperdulikan penampilan gigi-gigi mereka. Mereka membiarkan gigi mereka seolah-olah tidak terurus, kotor dan menjijikkan apabila dipandang oleh orang lain tanpa mereka sedari. 

Bagi memiliki gigi yang sihat, bersih, dan anggun, seseorang tidaklah perlu mengunjungi doktor gigi setiap hari. Sebagai seorang yang prihatin kepada kesihatan gigi, seseorang itu harus peka dan sedar bahawa gigi-gigi mereka adalah sarang utama kepada bakteria membiak. Jangan biarkan longgokan sisa bahan makanan yang masih melekat pada celah-celah gigi selepas menjamah apa saja jenis makanan. Sekurang-kurangnya berkumurlah setiap kali selepas memakan sesuatu atau kalau dapat beruslah gigi anda.

Tindakan asas anda untuk mengamalkan kebersihan gigi anda pada hari ini mampu menerbitkan kelainan penampilan wajah anda beberapa tahun kemudian.


Friday, August 19, 2011

Tips Hidup Harmoni


Usahakan Untuk Membuat Sekurang-kurangnya Tiga Orang Tersenyum Hari Ini.

Senyum bukanlah suatu pekerjaan sukar yang memerlukan tenaga tubuh badan yang banyak untuk mengerjakannya. Anda tidak memerlukan cangkul untuk senyum. Anda tidak memerlukan kompleks sukan untuk senyum. Anda tidak memerlukan sebuah pejabat untuk senyum. Anda tidak memerlukan mesin unggul hanya untuk senyum. 
Senyum hanyalah mimik muka yang boleh dilakukan secara spontan dalam sesuatu masa, dan oleh sesiapa pun. Senyum yang mantap ialah sebuah senyuman yang terbit dari jiwa dan hati yang tenang dan gembira.

Jika anda dalam keadaan berduka atau sedang mengalami konflik jiwa semasa, seperti marah, geram, tidak puas hati, atau derita, rias wajah anda tidak mampu memancarkan senyuman yang berseri.

Jika anda senyum pun, senyuman itu nampak seperti dibuat-buat dan jangan hairan kerana situasi itulah yang sedang berlaku. Senyumlah apabila anda rasa senang untuk tersenyum. Tidak ada orang lain yang boleh memaksa anda untuk senyum dikala anda tidak mahu mengukir senyuman.

Siapa pun anda, dan di mana pun anda berada pada satu-satu masa, adalah lebih baik jika anda berusaha untuk mengukir senyuman seikhlas yang mungkin sehingga orang lain senang dengan keadaan persekitaran yang sedang bergema dengan gelombang senyuman. Secara tidak langsung, orang lain juga terdorong untuk turut tersenyum secara semulajadi.

Senyuman tidak boleh diperjual-beli tetapi berupaya mengangkat jiwa yang sedang melarat dalam dukacita kearah hidup lebih bahagia dan harmoni. Bilakah masa terakhir, anda membuat orang lain tersenyum? Buatlah orang lain tersenyum hari ini dan anda akan menjadi orang yang paling bahagia tanpa anda sedari.

Hidup harmoni bukanlah mengenai bagaimana anda ketawa terbahak-bahak untuk menyedapkan hati dan jiwa sendiri tetapi hidup harmoni ialah apabila anda berupaya untuk menyemarakan suatu keadaan dengan senyuman sehingga orang lain turut ceria, senang, dan gembira serta turut tersenyum. Jika ada gerak badan yang paling ringkas tetapi mampu membuat orang lain senang, itu ialah senyuman.