Nampaknya kalimat-kalimat yang digunakan oleh muda-mudi dewasa ini menampilkan kewajaran yang kadang-kala sukar untuk dicerna sama ada menggunakan 'six sense' alamiah manusia atau melalui telahan lojik pemikiran kendiri.
Sering apabila remaja-remaja lelaki mahu pun perempuan bertelingkah pendapat mengenai sesuatu perkara, kedengaranlah patah-patah perkataan yang seakan menyoal tetapi tidak dan seakan menyatakan sesuatu tetapi juga tidak. Waduh, inilah apa yang dikatakan sebagai 'kepetahan berkata-kata' usia remaja.
Ada masanya hati ini terhibur ketika pelajar-pelajar dibawah kawalan kadang-kadang secara berseloroh dan mengeluarkan kata-kata yang memperlihatkan cubaan mendominasikan sesuatu keadaan dan situasi sekali gus meletakkan lawan bicara terperangkap dalam emosinya sendiri. Seakan terlenyek dengan kepintaran menggunakan bahasa-bahasa biasa tetapi dengan pengertian yang luar biasa, mungkin bagi sesetengah orang! Boleh jadi.
Seorang temannya terkedu dengan mulut terlopong. Ini berlaku apabila si A cuba menerang dan menjelaskan keadaannya lalu temannya, si B dengan selamba beserta rias wajah yang innocent berkata, "ada ku kesah ...?" Mungkin si A geram, marah, dan teremo tetapi ... perasaannya terpaksa ditelan sendiri.







![Blog [Pabk-4you]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgXgnicotAuu9E52Y3cwfUfRofkwsPaQ9EMsSaA5exNnPoomKcpx3-NqoXnAowtDu51g98nMlt0vwtf-JpXWZ1StBxM-QCK0va0PRQrCq8R_s2slXwwQX1mgqtzxgHE7xYPdfU-gTGKs10/s1600/c4edf85f12ceb7.gif)


































