Sebenarnya aku mendapat sedikit iktibar dari anak buah ku yang satu ini. Walaupun dia rajin dan berdedikasi dalam semua kerja-kerja dan assignment yang diberikan, dia agak kelam kabut sebab dia jenis yang mahu lakukan tugas pada saat-saat akhir. Last minute katakan.
Kadang kala ada ramai manusia yang telah, sedang dan terus mengamalkan kaedah yang kurang mantap ini. Kalau tidak didesak, mereka seakan-akan mahu tak mahu, hendak tak hendak membereskan sesuatu kerja. Akibatnya: kadang kala parah!
Ada baiknya tugasan yang diberikan harus diperhatikan keberdesakannya. Semua tugasan adalah penting dan perlu serta harus dilaksanakan secepat mungkin kalau boleh. Apa pun, ada tugasan yang mahu tidak mahu wajib dilaksanakan dengan serta merta. Misalnya tugasan yang 'date due'nya yang pendek. Contohnya 12 jam. Pertamakan tugasan yang sedemikian berbanding tugasan yang masih ada 48 jam untuk disiapkan. Hasilnya anda akan lebih santai, relaks dan damai.







![Blog [Pabk-4you]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgXgnicotAuu9E52Y3cwfUfRofkwsPaQ9EMsSaA5exNnPoomKcpx3-NqoXnAowtDu51g98nMlt0vwtf-JpXWZ1StBxM-QCK0va0PRQrCq8R_s2slXwwQX1mgqtzxgHE7xYPdfU-gTGKs10/s1600/c4edf85f12ceb7.gif)

































