Kisah benar ini patut menjadi iktibar kepada mereka yang sangat gemar dengan permaian komputer atau games. Kecanduan melampau terhadap games komputer lebih besar mudaratnya berbanding kebaikan. Ikuti kisah berikut:
Georgetown: Ketagihan bermain
permainan komputer membawa padah kepada bekas pembantu restoran apabila ditemui
mati akibat serangan jantung, selepas berkurung lebih 10 jam dalam bilik di
rumahnya dekat Bandar Baru Air Itam di sini, kelmarin.
Ong Yee Haw, 23, ditemui mati di hadapan komputer dalam bilik itu oleh bapa saudaranya jam 4 petang kelmarin, apabila pemuda terbabit tidak menyahut panggilan ahli keluarganya.
Ong Yee Haw, 23, ditemui mati di hadapan komputer dalam bilik itu oleh bapa saudaranya jam 4 petang kelmarin, apabila pemuda terbabit tidak menyahut panggilan ahli keluarganya.
Mangsa yang menghabiskan masa selama
beberapa jam di kafe siber, pulang ke rumah pada jam 1 pagi kelmarin, sebelum
meneruskan permainan komputer di biliknya.
Ibu mangsa, Chew Qun Juan, 62, berkata anaknya mula ketagih bermain permainan komputer itu sejak lima bulan lalu selepas terbabit dalam kemalangan di tempat kerja.
“Susulan kemalangan itu, tangannya cedera menyebabkan dia berhenti kerja sebelum menghabiskan banyak masa bermain permainan komputer di rumah.
“Saya sudah menasihatinya tetapi dia enggan dengar,” katanya yang ditemui di rumah mayat di Hospital Pulau Pinang (HPP), di sini, semalam.
Qun Juan berkata, ketagihan permainan komputer itu menyebabkan anaknya enggan melakukan sebarang pekerjaan lain.
“Jika tidak bermain dalam biliknya
di rumah, dia akan menghabiskan masa di kafe siber. Sebagai ibu, saya memang risau
melihat keadaannya,” katanya.
sumber: bharian.com.my







![Blog [Pabk-4you]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgXgnicotAuu9E52Y3cwfUfRofkwsPaQ9EMsSaA5exNnPoomKcpx3-NqoXnAowtDu51g98nMlt0vwtf-JpXWZ1StBxM-QCK0va0PRQrCq8R_s2slXwwQX1mgqtzxgHE7xYPdfU-gTGKs10/s1600/c4edf85f12ceb7.gif)


































