My Dear Friend, If You Want To Receive Very New And Hot Entry, Follow Me Here

Let Me have An Easy Way To Reach You Back

Please Press Once And I'll Press YoursToo

Your IP Address is:

Need Another Language For This Site?

Servise Peti Sejuk & Penyamanan Udara

Exchange Banner With Me?

Gaya View.
Copy and paste this code into your web:

Very Hot Entry You Might Like

Read Popular Malaysia News Paper Daily

Updated Everyday. Just Follow Here:
Popular Malaysia News Paper
Showing posts with label rakan blogger. Show all posts
Showing posts with label rakan blogger. Show all posts

Tuesday, July 24, 2012

"Aku Ada kamu"

Ketukan demi ketukan di atas
keyboard yang agak usang mengundang
satu keinginan yang akhirnya memuncak menjadi
nadi untuk terus 'bernafas' di dunia blogging. Itu adalah 
nostalgia masa silam aku lebih kurang dua tahun yang lalu.

Tak ku sangka berblog rupanya menjadi alur indah yang tak berpenghujung
demi menyalurkan keinginan insani untuk terus 'berkarya' walaupun
langkah agak sumbang. Tak peduli apa orang lain kata, yang 
menjadi keutamaan ialah luhurnya keinginan di sanubari
ini. Walhal adakalanya orakan kemahuan kadang
kala 'mahu' padam dek ketersibukan setiap
detik. "Aku Ada Kamu" menjadi
penjana dan pemacu
keinginan seperti
semula.

"Aku Ada Kamu"
Andalah yang menjadi penyeri blog
kesayangan hati ini: Keluarga Harmoni dan
"Aku Hanya Ada Kamu" demi dunia blog, aku harap
 anda tetap bersama selagi khudrat ini dikandung badan ........







Sehingga pada hari ini "Aku Ada Kamu" 
seramai 547 orang. Siapalah aku tanpa kamu ...

Thursday, January 19, 2012

"Only The Best Stay Longer"

"Saya akan tetap jadi follower blog anda walau apa pun yang berlaku kecuali blog anda dah tak ada lagi...". Kesian saya ... sob ... sob ... (~v~)

Telaahan saya ternyata meleset. Jangkaan saya jauh meleret. Dugaan saya melencong habis. Nampak gaya saya perlu akur. Keadaan tidak seindah sebagaimana yang diharapkan. Impian tidak selalunya menjadi kenyataan. Aduh, pedih. Memang pedih hati ini. Teremo pulak 'aku' ni ...

Tetapi tidak. Sebenarnya tidak. Sebagai "aku budak baru belajar" dalam arena blogger ini, sudah tentu ada berbagai situasi yang boleh meruntun semangat untuk jadi blogger berpendirian jati, dan tidak perlulah mudah terguris dan terhiris hati sehingga melemahkan semangat untuk terus berbelog selagi berdaya.

Agaknya, dah sampai masa untuk disfollow blog KH ni. Saya tidak pasti apa penyebab sehingga ada beberapa teman follower blog KH ini 'cabut lari'. 'Mungkin' saya terlepas pandang dan jarang mengunjungi anda sejak follow sini. Maaf ya ... inilah kelemahan manusiawi diri ini. Atau mungkin ada presepsi lain yang tidak pernah saya jangkakan.

Apa pun, andai pun anda dah cabut lari dari blog KH ni, saya tetap lekatkan ikon saya pada blog-blog teman-teman kecualilah rakan-rakan blogger dah terlalu 'muak' lalu men'delete'nya ... saya pasrah. Menerimanya dengan hati terbuka.

Semoga Suksess Selalu.

Have a nice day.

Salam hormat dari saya

Gaya View.
Kredit kepada: superhotfile.com

Tuesday, January 17, 2012

"Ada Ku Kesah ...?!

Nampaknya kalimat-kalimat yang digunakan oleh muda-mudi dewasa ini menampilkan kewajaran yang kadang-kala sukar untuk dicerna sama ada menggunakan 'six sense' alamiah manusia atau melalui telahan lojik pemikiran kendiri. 

Sering apabila remaja-remaja lelaki mahu pun perempuan bertelingkah pendapat mengenai sesuatu  perkara, kedengaranlah patah-patah perkataan yang seakan menyoal tetapi tidak dan seakan menyatakan sesuatu tetapi juga tidak. Waduh, inilah apa yang dikatakan sebagai 'kepetahan berkata-kata' usia remaja.

Ada masanya hati ini terhibur ketika pelajar-pelajar dibawah kawalan kadang-kadang secara berseloroh dan mengeluarkan kata-kata yang memperlihatkan cubaan mendominasikan sesuatu keadaan dan situasi sekali gus meletakkan lawan bicara terperangkap dalam emosinya sendiri. Seakan terlenyek dengan kepintaran menggunakan bahasa-bahasa biasa tetapi dengan pengertian yang luar biasa, mungkin bagi sesetengah orang! Boleh jadi.

Seorang temannya terkedu dengan mulut terlopong. Ini berlaku apabila si A cuba menerang dan menjelaskan keadaannya lalu temannya, si B dengan selamba beserta rias wajah yang innocent berkata, "ada ku kesah ...?" Mungkin si A geram, marah, dan teremo tetapi ... perasaannya terpaksa ditelan sendiri.

Friday, December 2, 2011

Apabila Cbox Bicara

Chat Box, Shout Box, Buku Tamu ... sebutlah apa saja. Semuanya sama, mirip dan serupa. Kelazimannya apabila saya melayari blog KH yang tidak seberapa ini, selain meneliti follower, link back, dan komen rakan-rakan blogger yang dihormati, saya tidak ketinggalan menikmati bingkisan ceria, berani, tenang, ramah, mesra, dan sebagainya yang pastinya tercatat di Cbox saya. Aduh ... terima kasih teman-teman blogger sekalian.