Sedar tak sedar sebenarnya kita dah dekat habiskan tahun 2011 ini. Sedar tak sedar kita sebenarnya dah habiskan 345 hari dalam tahun 2011 ini. Persoalannya: apakah segala azam, cita-cita, impian, atau keinginan semasa memulakan tahun 2011 ini pada detik tarikh 31 Disember 2010 bertukar ke 1 Januari 2011, sudah tercapai?
Tahniah, tahniah dan tahniah! Ada ramai yang telah mengecapi kejayaan yang memang memberangsangkan. Ada yang mencapai impian cemerlang dan gemilang dalam kerjaya, ada yang memperolehi kejayaan dalam alam pengajian dan persekolahan, ada yang mencapai kebahagiaan muktamad dalam keluarga, ada yang menemui dan telah medirikan rumah tangga dengan pasangan pilihan hati, ada yang berjaya dalam perniagaan, dan tyang terakhir dan paling utama, idak kurang yang berjaya dalam 'blogging'. Tahniah dan tahniah sekali lagi.
Kenapa ya, rasanya masa berputar dengan pantas sekali? Kadang-kadang 24 jam sehari yang Tuhan sudah berikan kepada setiap insan seakan-akan tidak mencukupi. Kerja dan aktiviti sering disambung ke malam hari. Apakah jika kerja itu dilakukan dan dilaksanakan pada dini hari ia akan selesai? Rasanya esok pagi keadaannya tidak berubah. Malah kadang-kala keadaan semakin berserabut. Kepala pening, badan lelah dan penat, fikiran tak tenang dan segala macam perkara yang tidak pernah ada kesudahannya: kesibukan!







![Blog [Pabk-4you]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgXgnicotAuu9E52Y3cwfUfRofkwsPaQ9EMsSaA5exNnPoomKcpx3-NqoXnAowtDu51g98nMlt0vwtf-JpXWZ1StBxM-QCK0va0PRQrCq8R_s2slXwwQX1mgqtzxgHE7xYPdfU-gTGKs10/s1600/c4edf85f12ceb7.gif)


































