My Dear Friend, If You Want To Receive Very New And Hot Entry, Follow Me Here

Let Me have An Easy Way To Reach You Back

Please Press Once And I'll Press YoursToo

Your IP Address is:

Need Another Language For This Site?

Servise Peti Sejuk & Penyamanan Udara

Exchange Banner With Me?

Gaya View.
Copy and paste this code into your web:

Very Hot Entry You Might Like

Read Popular Malaysia News Paper Daily

Updated Everyday. Just Follow Here:
Popular Malaysia News Paper

Sunday, December 11, 2011

20 Hari Lagi 2011 Akan Berakhir

Sedar tak sedar sebenarnya kita dah dekat habiskan tahun 2011 ini. Sedar tak sedar kita sebenarnya dah habiskan 345 hari dalam tahun 2011 ini. Persoalannya: apakah segala azam, cita-cita, impian, atau keinginan semasa memulakan tahun 2011 ini pada detik tarikh 31 Disember 2010 bertukar ke 1 Januari 2011, sudah tercapai?

Tahniah, tahniah dan tahniah! Ada ramai yang telah mengecapi kejayaan yang memang memberangsangkan. Ada yang mencapai impian cemerlang dan gemilang dalam kerjaya, ada yang memperolehi kejayaan dalam alam pengajian dan persekolahan, ada yang mencapai kebahagiaan muktamad dalam keluarga, ada yang menemui dan telah medirikan rumah tangga dengan pasangan pilihan hati, ada yang berjaya dalam perniagaan, dan tyang terakhir dan paling utama, idak kurang yang berjaya dalam 'blogging'. Tahniah dan tahniah sekali lagi.  

Kenapa ya, rasanya masa berputar dengan pantas sekali? Kadang-kadang 24 jam sehari yang Tuhan sudah berikan kepada setiap insan seakan-akan tidak mencukupi. Kerja dan aktiviti sering disambung ke malam hari. Apakah jika kerja itu dilakukan dan dilaksanakan pada dini hari ia akan selesai? Rasanya esok pagi keadaannya tidak berubah. Malah kadang-kala keadaan semakin berserabut. Kepala pening, badan lelah dan penat, fikiran tak tenang dan segala macam perkara yang tidak pernah ada kesudahannya: kesibukan!
 
Tidak. Bukan semua. Kawalah masa itu dan ia tidak akan mengawal anda. Maksudkan gunakan masa itu sebaik mungkin. Be a smart time user. Bahagikan penggunaan masa tersebut dan anda tidak akan menjadi kelam kabut.

Tahinah sekali lagi kepada penerima anugerah kejayaan tersendiri. Anda memang patut menerima dan mengecapi kejayaan kerana kerja keras yang anda sudah curahkan. Anda adalah hard working + smart working. Congratulation!

Kepada anda yang nampak-nampak belum melihat kejayaan yang patutu diraih, jangan putus asa. Masih ada 20 hari lagi untuk mengakhiri tahun 2011 ini. Langkah dan kudrat anda masih tidak ketinggalan untuk menempah kejayaan diakhir 2001 nanti.

Apa pun, andai kata nasib tidak berpihak kepada anda dan segala impian anda tidak terlaksana pada tahun ini [2011], jangan salahkan nasib. Mungkin penat lelah anda tidak mencapai 'vrrroooom' yang sepatutnya, dan jangan kecewa dan berputus asa sebab 2012 akan menyusul dan menyambut anda dengan tangan terbuka untuk melanjutkan perjuangan hidup anda...

Tambahkan 'vrrooooom' dan kejayaan pasti menjadi milik anda .... 

Selamat Maju Jaya ... Semoga Suksess Selalu

Jumpa lagi dilain kesempatan.

3 comments:

ICAH BANJARMASIN said...

Saya suka sama postingan abang...bagus benar tu.

somoon said...

Makasih ICAH BANJARMASIN, kunjungan dan komennya.

Obat kencing Manis said...

informasi yang menarik