Maaf ya kepada teman-teman blogger. Sekali imbas terbayang di benak saya bahawa blog tertentu memang belum ada followernya apa lagi jika dilihat berdasarkan paparan 'Joint This Site'. Memang kosong ditambah pula dengan kenyataan 'There Are No Members Yet'.
Seperti ini:
Kemudian selepas diklik 'Joint This Site' dan seterusnya kita sahkan untuk menyertai blog berkenaan, satu paparan yang memperlihatkan semua follower yang dah follow!
Seperti ini:
.... dan ini:
Dan ini ...
Walaupun pada dasarnya kaedah menarik follower untuk follow sesuatu blog seumpama ini tidaklah memudaratkan tetapi ia sedikit mendatangkan presepsi kurang menyenangkan bagi sesetengah pihak.
Kita berblog secara ikhlas dan kita follow mana-mana blog dengan perasaan tulus ikhlas. Tidak perlu ada rasa paksaan atau dorongan dalam apa pun bentuk. Maknanya kita follow blog lainnya tanpa mengharapkan apa-apa balasan dari empunya blog tersebut. Apa pun kalau mereka flollow balik blog kita, syukur, kita perlu berterima kasih. Saya fikir teman-teman blogger setuju dengan saya dalam perkara ini.
Apa sekali pun, saya dah follow dua blog yang saya sebutkan di atas.
Selamat berblog.
Semoga Suksess Selalu.







![Blog [Pabk-4you]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgXgnicotAuu9E52Y3cwfUfRofkwsPaQ9EMsSaA5exNnPoomKcpx3-NqoXnAowtDu51g98nMlt0vwtf-JpXWZ1StBxM-QCK0va0PRQrCq8R_s2slXwwQX1mgqtzxgHE7xYPdfU-gTGKs10/s1600/c4edf85f12ceb7.gif)


































