Itulah kata-kata yang tak sempat saya luahkan bahkan hanya muncul dan terus terpendam dilubuk hati ini ketika menatap setiap blog yang saya lawati saban hari.
Ada beberapa 'ketik' yang pasti saya akan lakukan sementara 'ekspedisi pengembaraan' saya lewat setiap blog-blog sahabat sekalian.
Yang pertama dan terutama ialah 'letak jejak' pada shout box. sekurang-kurangnya saya akan buat 'pesanan' seperti 'Have a nice day' atau 'Semoga Suksess Selalu'. Kalau tak ada shout box, saya akan letak pesanan di ruang komen pada blog anda. Selepas itu saya akan pergi ke ketik seterusnya.
Yang kedua dan sama penting dengan yang pertama ialah saya akan cari mana-mana iklan yang boleh 'mendatangkan' apa-apa keuntungan kepada anda misalnya iklan Nuffnang & etc. Seterusnya apa ..
Yang ketiga ialah letakkan ikon Keluarga Harmoni ke blog anda. Jangan hairan jika ada di antara blog anda yang saya lawati mempunyai beberapa ikon KH. Ada blog yang mempunyai ramai follower, dan agak sukar bagi saya nak tahu sama ada ikon KH dah ditampal ke follower anda atau tak. Untuk jimatkan masa, saya akan follow terus. Maaflah ya kalau tindakan saya ini menyusahkan anda semua. Hah ... apa lagi seterusnya ..
Yang keempat, yang ini saya tak akan lupa. Itu sebab, anda akan perasaan saya 'bertenggek' di blog anda kadang-kadang lebih dari 10 minit. Kenapa? Saya akan baca entri anda!
Yang Kelima ... saya cari banner backlink anda. Kalau saya jumpa, saya akan 'copy/paste' html backlink itu ke blog saya. Try check kalau banner backlink anda ada di blog kesayangan saya Keluarga Harmoni.
Yang Keenam dan terakhir ... saya cuba melihat blog anda secara keseluruhan. Hampir keseluruhan blog yang saya lawati benar-benar anggun dan menarik serta mempunyai identiti yang unik
Satu yang saya faham mengenai blog yang sering dan pernah saya lawati ... 'blog anda adalah siapa anda'. Kenapa saya katakan begitu? Jika anda sayang blog anda, anda akan buat blog itu sesuai citarasa anda. Anda akan coretkan apa-apa coretan yang anda suka baca. Anda akan 'tampalkan' imej atau gambar yang anda sangat suka. Anda akan letak apa-apa widget yang anda suka. Anda akan berusaha update blog anda sekerap yang boleh. Anda akan cuba post blog anda ke mana-mana laman sosial misalnya FB dan etc. Benar?
Saya sangat tertarik dengan identiti blog yang unik. Identiti yang tidak sama dengan lain-lain blog. Walau pun templet adalah sama tetapi corak dan rekabentuk benar-benar berbeza.
Mari kita lihat beberapa blog teman yang sempat saya ambil screenshoot untuk diabadikan dalam entri saya kali ini. Kepada yang tidak tersenarai, mohon maaf ya sebab ... masa masih ada ...
Baiklah, celoteh saya agak panjang.
Sampai jumpa lagi.
Sekian, salam hormat
Ikhlas dari saya
somoon gomp







![Blog [Pabk-4you]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgXgnicotAuu9E52Y3cwfUfRofkwsPaQ9EMsSaA5exNnPoomKcpx3-NqoXnAowtDu51g98nMlt0vwtf-JpXWZ1StBxM-QCK0va0PRQrCq8R_s2slXwwQX1mgqtzxgHE7xYPdfU-gTGKs10/s1600/c4edf85f12ceb7.gif)

































