Pada hari ini sahaja [05 Oktober 2011] setakat jam 3.00 petang, saya telah menerima e-mail ini sebanyak 20 kali. Asalnya dari seluruh dunia mulai Republik Benin, Eropah, USA dan malah dari Malaysia dan Indonesia juga serta dari lain-lain negara. Mulanya saya terkagum-kagum, apa tidaknya semua e-mail tersebut mahu menyerahkan 'wang' puluhan juta $. Ini berlaku sejak beberapa tahun yang lalu. Saya fikir ramai rakan-rakan internet yang menggunakan perkhidmatan e-mail pasti ada menerima e-mail serupa.
Untuk entri saya kali ini, saya mahu berkongsi pengalaman kepada anda pembaca setia blog saya. Saya rasa masih ada ramai lagi rakan mahu pun saudara mara anda yang tidak tahu tektik dan cara penjenayah internet menipu sesiapa sahaja. Kepada anda yang sudah biasa menemukan dan membaca e-mail sebegini mungkin tidak ada masalah tetapi bagaimana dengan mereka yang belum pernah melihat, dan membaca e-mail seumpama ini?
Kepada rakan pengguna internet yang dihormati serta dimuliakan, saya ada menghimpunkan sekitar 200 e-mail yang mempunyai unsur e-mail penipuan yang saya terima sejak beberapa lama dahulu. Jika anda berminat untuk mendapatkan naskah tersebut dan mahu berkongsi kepada saudara mara atau rakan internet yang lain silakan download di sini.







![Blog [Pabk-4you]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgXgnicotAuu9E52Y3cwfUfRofkwsPaQ9EMsSaA5exNnPoomKcpx3-NqoXnAowtDu51g98nMlt0vwtf-JpXWZ1StBxM-QCK0va0PRQrCq8R_s2slXwwQX1mgqtzxgHE7xYPdfU-gTGKs10/s1600/c4edf85f12ceb7.gif)

































