My Dear Friend, If You Want To Receive Very New And Hot Entry, Follow Me Here

Let Me have An Easy Way To Reach You Back

Please Press Once And I'll Press YoursToo

Your IP Address is:

Need Another Language For This Site?

Servise Peti Sejuk & Penyamanan Udara

Exchange Banner With Me?

Gaya View.
Copy and paste this code into your web:

Very Hot Entry You Might Like

Read Popular Malaysia News Paper Daily

Updated Everyday. Just Follow Here:
Popular Malaysia News Paper
Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Tuesday, September 10, 2013

Identiti Blog vs. Identiti Blogger

Wow ... benar-benar menarik. Memikat. Indah. Cantik. Menawan. Anggun.

Itulah kata-kata yang tak sempat saya luahkan bahkan hanya muncul dan terus terpendam dilubuk hati ini ketika menatap setiap blog yang saya lawati saban hari.

Ada beberapa 'ketik' yang pasti saya akan lakukan sementara 'ekspedisi pengembaraan' saya lewat setiap blog-blog sahabat sekalian.

Yang pertama dan terutama ialah 'letak jejak' pada shout box. sekurang-kurangnya saya akan buat 'pesanan' seperti 'Have a nice day' atau 'Semoga Suksess Selalu'. Kalau tak ada shout box, saya akan letak pesanan di ruang komen pada blog anda. Selepas itu saya akan pergi ke ketik seterusnya.

Yang kedua dan sama penting dengan yang pertama ialah saya akan cari mana-mana iklan yang boleh 'mendatangkan' apa-apa keuntungan kepada anda misalnya iklan Nuffnang & etc. Seterusnya apa ..

Yang ketiga ialah letakkan ikon Keluarga Harmoni ke blog anda. Jangan hairan jika ada di antara blog anda yang saya lawati mempunyai beberapa ikon KH. Ada blog yang mempunyai ramai follower, dan agak sukar bagi saya nak tahu sama ada ikon KH dah ditampal ke follower anda atau tak. Untuk jimatkan masa, saya akan follow terus. Maaflah ya kalau tindakan saya ini menyusahkan anda semua. Hah ... apa lagi seterusnya ..

Yang keempat, yang ini saya tak akan lupa. Itu sebab, anda akan perasaan saya 'bertenggek' di blog anda kadang-kadang lebih dari 10 minit. Kenapa? Saya akan baca entri anda!

Yang Kelima ... saya cari banner backlink anda. Kalau saya jumpa, saya akan 'copy/paste' html backlink itu ke blog saya. Try check kalau banner backlink anda ada di blog kesayangan saya Keluarga Harmoni.

Yang Keenam dan terakhir  ... saya cuba melihat blog anda secara keseluruhan. Hampir keseluruhan blog yang saya lawati benar-benar anggun dan menarik serta mempunyai identiti yang unik

Satu yang saya faham mengenai blog yang sering dan pernah saya lawati ... 'blog anda adalah siapa anda'. Kenapa saya katakan begitu? Jika anda sayang blog anda, anda akan buat blog itu sesuai citarasa anda. Anda akan coretkan apa-apa coretan yang anda suka baca. Anda akan 'tampalkan' imej atau gambar yang anda sangat suka. Anda akan letak apa-apa widget yang anda suka. Anda akan berusaha update blog anda sekerap yang boleh. Anda akan cuba post blog anda ke mana-mana laman sosial misalnya FB dan etc. Benar?

Saya sangat tertarik dengan identiti blog yang unik. Identiti yang tidak sama dengan lain-lain blog. Walau pun templet adalah sama tetapi corak dan rekabentuk benar-benar berbeza.

Mari kita lihat beberapa blog teman yang sempat saya ambil screenshoot untuk diabadikan dalam entri saya kali ini. Kepada yang tidak tersenarai, mohon maaf ya sebab ... masa masih ada ...










Baiklah, celoteh saya agak panjang. 

Sampai jumpa lagi.

Sekian, salam hormat

Ikhlas dari saya

somoon gomp

Tuesday, July 24, 2012

"Aku Ada kamu"

Ketukan demi ketukan di atas
keyboard yang agak usang mengundang
satu keinginan yang akhirnya memuncak menjadi
nadi untuk terus 'bernafas' di dunia blogging. Itu adalah 
nostalgia masa silam aku lebih kurang dua tahun yang lalu.

Tak ku sangka berblog rupanya menjadi alur indah yang tak berpenghujung
demi menyalurkan keinginan insani untuk terus 'berkarya' walaupun
langkah agak sumbang. Tak peduli apa orang lain kata, yang 
menjadi keutamaan ialah luhurnya keinginan di sanubari
ini. Walhal adakalanya orakan kemahuan kadang
kala 'mahu' padam dek ketersibukan setiap
detik. "Aku Ada Kamu" menjadi
penjana dan pemacu
keinginan seperti
semula.

"Aku Ada Kamu"
Andalah yang menjadi penyeri blog
kesayangan hati ini: Keluarga Harmoni dan
"Aku Hanya Ada Kamu" demi dunia blog, aku harap
 anda tetap bersama selagi khudrat ini dikandung badan ........







Sehingga pada hari ini "Aku Ada Kamu" 
seramai 547 orang. Siapalah aku tanpa kamu ...

Sunday, February 12, 2012

There Are No Members Yet?

Maaf ya kepada teman-teman blogger. Sekali imbas terbayang di benak saya bahawa blog tertentu memang belum ada followernya apa lagi jika dilihat berdasarkan paparan 'Joint This Site'. Memang kosong ditambah pula dengan kenyataan 'There Are No Members Yet'.

Seperti ini:


Kemudian selepas diklik 'Joint This Site' dan seterusnya kita sahkan untuk menyertai blog berkenaan, satu paparan yang memperlihatkan semua follower yang dah follow!

Seperti ini:




.... dan ini:

Dan ini ...

Walaupun pada dasarnya kaedah menarik follower untuk follow sesuatu blog seumpama ini tidaklah memudaratkan tetapi ia sedikit mendatangkan presepsi kurang menyenangkan bagi sesetengah pihak.

Kita berblog secara ikhlas dan kita follow mana-mana blog dengan perasaan tulus ikhlas. Tidak perlu ada rasa paksaan atau dorongan dalam apa pun bentuk. Maknanya kita follow blog lainnya tanpa mengharapkan apa-apa balasan dari empunya blog tersebut. Apa pun kalau mereka flollow balik blog kita, syukur, kita perlu berterima kasih. Saya fikir teman-teman blogger setuju dengan saya dalam perkara ini.

Apa sekali pun, saya dah follow dua blog yang saya sebutkan di atas.

Selamat berblog.

Semoga Suksess Selalu.

Wednesday, January 18, 2012

"Aku Dah Nak Tebus Ni!"

Sedar tak sedar rupa-rupanya saya dah tak update blog KH ni untuk sekian lama sejak 6 Januari 2012 kecuali semalam [17 Januari 2012].

Ini adalah entri saya pada 6 Januari 2012. Nampaknya saya dah membiarkan blog KH idle dengan sendirinya walaupun saya cuma sekali-sekala blogwalking di blogger teman-teman.




Semalam 17 Januari 2012, saya buat satu entri yang biasa-biasa saja. Dengan satu motif: update blog KH selain menyambung semula keinginan untuk melepaskan diri dari kepompong 'kemalasan' yang tidak dirancang.




Sebagai seorang yang sentiasa berhadapan dengan para pelajar yang lebih 'advance', pelajar yang bijak melihat, bijak mendengar, bijak menilai, bijak berkata-kata, bijak meluahkan pendapat, bijak beremosi, dan seumpamanya, kadang kala saya terhumban dalam gaung kecamuk yang tidak berkesudahan ditambah dengan tugas rutin dan tugas 'tidak nyata' yang sering datang tanpa menentu. Saya panggil ini sebagai serang-tubi masa, dan pada akhir masa lapang juga turut diheret bersama untuk menyelasaikan setiap tanggungjawab.

'Serangan-serangan' seumpama ini, mahu tidak mahu menyebabkan saya sering ketepikan hal-hal berblog walaupun pada dasarnya saya rindu untuk update KH.

In the end, saya pasti yang ini: masa berlalu dengan kepantasan kilat. Saya akur ini.

Thursday, December 8, 2011

Applikasi Online Semakin Menyenangkan

Setiap saat ada saja perubahan dalam kemajuan online. Sudah tentu perkara ini mendatangkan manafaat yang tidak terhingga jangkauannya. Apa pun kemajuan yang mendadak ini tidak kurang juga perkara negatif yang melanda sesiapa pun juga terutamanya muda-mudi. Muda-mudi yang saya maksudkan di sini ialah mereka yang sudah berumur 'banyak' tetapi fikiran masih keanak-anakan: tidak tahu membezakan antara yang baik dan yang tidak baik. Menyalahgunakan kebijaksanaan melayari internet alias bongo atau ngok. Ini memudaratkan minda, otak , jiwa, raga, dan tubuh. Hu!

Maaf saya jauh meleret. Sebenarnya entri saya kali ini bukan mahu mengatai prinsip dan hak individu. Cuma saya mahu membawa pembaca kepada presepsi positif kemudahan online. Khususnya apabila kita berhadapan dengan key-in atau pemasukan data-data tertentu secara online. Kredit diberikan kepada dunia maya dalam hal ini.

Friday, November 18, 2011

Makasih KeranaTernyata Anda Teman Harmoni Saya

Teman-teman blogger yang saya hormati dan muliakan, walau pun saya 'hang' dan offline selama dua hari dari 17 hingga 18 November 2011, tetapi ternyata sahabat-sahabat blogger masih terus mengunjungi teratak usang  saya: Keluarga Harmoni, yang tidak sepertinya  ini. Saya amat menyanjungi anda sekalian. Saya benar-benar merasa terharu dengan keprihatinan teman-teman blogger sekalian. Semoga usaha sekalian dirahmati-Nya sentiasa.


Saya sangat senang melihat dan mengamati ikon-ikon sahabat-sahabat blogger yang sudi follow blog saya khususnya blog Keluarga Harmoni. Setiap kali saya melayari blog ini, saya pasti meneliti setiap ikon anda dan saya akan sedaya upaya follow link yang anda letakkan. Tapi ternyata saya sedikit kecewa apabila tidak dapat melawat blog anda kerana tidak ada  link ke blog anda. Harap maaf ya. Sebenarnya saya amat rindu mengunjungi blog-blog teman-teman blogger sekalian. 


Sedapat mungkin setiap hari saya cuba mengunjungi setiap blog rakan-rakan blogger sekalian. Inilah keinginan saya. Disamping ingin mempelajari sesuatu perkara dari blog kalian, saya juga memang senang membaca entri-entri yang anda coretkan dalam blog anda apa pun bentuk, corak mahu pun formatnya kecuali prono! dan propoganda! Maaf ya ...


Untuk kesekian kalinya, saya memang menyukai dan merakamkan ucapan ribuan terima kasih dengan usahanya mengunjungi blog saya ini, Keluarga Harmoni.

Semoga Suksess Selalu

Have  A Nice Day.

Come Back Again.

All The Best
 


Wednesday, October 12, 2011

Kenapa Saya Berblog …?

Saya berblog bukan kerana nama? Saya berblog bukan kerena mahu dipuji? Saya berblog bukan kerana wang? Saya berblog bukan kerana kawan? Saya berblog bukan kerana terpengaruh? Saya berblog bukan kerana ikut-ikutan? Saya berblog bukan kerana ‘minta puji’?


Jadi kenapa …?

Rakan-rakan dan kawan-kawan blogger sekalian, untuk pertama kalinya timbul dalam fikiran saya kenapa saya berblog. Saya merenung dan merenung dan merenung terlalu jauh sehingga saya rasa kelopak mata saya tidak berkedip untuk beberapa tempoh. Tembok di depan saya seakan tembus. Tembus bukan dengan pandangan mata kasar tetapi tembus oleh pemikiran yang menjelajah jauh.

Wah aduh … hebat juga pengaruh blog ini …

Saya sebenarnya budak hingusan dalam berblog. Masih terlalu mentah. Belum pun layak disebut sebagai ‘blogger setahun jagung’. Kadang kala saya rasa saya terlalu excited dengan tulisan-tulisan rakan-rakan serta kawan-kawan blogger yang jauh lebih mantap dan mampan. Inilah yang terus menghidupkan keinginan saya untuk memaparkan sebarang entri di blog Keluarga Harmoni yang tidak seberapa ini.

Entri-entri yang saya postkan sememangnya mempunyai seribu satu kelemahan. Kelemahan-kelemahan ini kerana terlalu banyaknya sehingga saya sendiri tidak menyedari dan langsung tidak berupaya mengesannya.

Apa pun, sehingga kini saya sangat menghargai semua teman-teman, rakan-rakan, serta kawan-kawan blogger yang setia melawat dan melakukan sebarang klik ke atas posting diblog saya. Saya junjung dan hormat kepada semua anda di sana. Kerana andalah saya masih tekad dan terus nekad berblog selagi hayat dikandung badan.

Friday, September 2, 2011

10 Reasons Why Your Blog is Not Doing Well

You had lot of enthusiasm when you started your blog and it has been quite sometime now. However you find that your blog is not getting much traffic and you are clueless why your hard work is not getting noticed. You are disheartened and disappointed. In short, your blog is not doing well.