Baca Lebih Banyak Buku Tahun Ini Berbanding Tahun-Tahun Yang Lalu
Buku-buku yang anda baca biarlah yang berupaya membangun minda dan pemikiran. Pilihlah buku-buku yang padat dengan pelbagai informasi yang berguna kearah pembentukan karakter kendiri dan yang paling penting buku-buku itu haruslah yang bersifat memimpin kearah hidup lebih harmoni.
Jumlah buku yang anda baca tidak semestinya menjadi ukuran kemampuan pembacaan anda. Isu yang menjadi lebih berfaedah ialah berapa banyak informasi yang anda perolehi yang boleh dan berpotensi melakukan perubahan dalam diri anda selepas membaca buku-buku tertentu. Ini yang lebih penting.
Perubahan itu haruslah juga selaras dengan kemampuan diri anda untuk menerima perubahan tersebut.
Bukan semua buku yang ada di luar sana sesuai untuk dibaca. Perlu diingat, bahan-bahan bacaan yang mengandungi informasi berguna selalunya mampu membawa perubahan secara positif dalam hidup seseorang, manakala buku-buku yang bersifat negatif cenderung merosakkan tingkah laku, pemikiran, dan karakter seseorang. Lazimnya seseorang yang suka membaca bahan bacaan yang berunsurkan keganasan, cenderung melakukan keganasan dalam hidup realitinya. Senang melihat orang lain menderita dan sangsara, malah mereka sendiri seronok melibatkan diri dalam apa juga bentuk keganasan, misalnya menyakiti dan mendera orang lain.
Bukan semua buku yang ada di luar sana sesuai untuk dibaca. Jadilah orang yang bijak memilih bahan-bahan bacaan. Jangan rosakkan minda dengan bahan bacaan yang berunsurkan propaganda, kelucahan, atau keganasan. Bahan-bahan bacaan seumpama ini berupaya merosakkan akidah dan sekali gus melemahkan kemampuan berfikir.
Apa pun, jika tahun lalu anda telah membaca tiga buah buku, kenapa tidak tahun ini anda melakukan sasaran untuk membaca empat buah buku. Mungkin sasaran ini terlalu sedikit berbanding sasaran orang lain tetapi mulakan dengan sasaran yang agak kecil kerana semuanya ini akan memacu anda kearah hidup lebih harmoni.
No comments:
Post a Comment