Minda kebanyakan manusia masa kini
tidak dapat lagi dijangka. Lelaki atau perempuan sama saja. Adakalanya
tindakan-tindakan mereka tidak berdasarkan minda dan pemikiran yang berunsurkan
moral. Mereka lebih senang melandasi keadan lojik namun jauh terpesong dari moraliti
kemanusiaan.
Apakah ini menjadi petanda bahawa
manusia masa kini tidak lagi memikirkan moraliti dan nroma-norma kehidupan yang
benar dan betul belaka? Atau adakah manusia masa kini lebih dipengaruhi
metarialisme sehingga apa pun perkara mereka sanggup lakukan?
Apabila membaca ‘kesudian’ “gadis?”
yang dinamai Catarina Migliorini untuk menjual daranya melalui internet
beberapa masa yang lalu, saya agak terperanjat dan terhairan-hairan! Kenapa ada
perempuan yang sanggup menjual ‘dara’nya dan tidak menunggu ‘dara’ itu di’gapai’
oleh lelaki yang akan bergelar suaminya kelak? Inilah yang saya sebut sebagai
pentingkan diri kerana metarialisme.
Walaupun harga daranya nampak agak
tinggi tetapi dari segi moraliti kemanusiaan, daranya tidak bernilai langsung.
Kenapa saya kata begitu?
Dia mungkin ada dara dari segi
fizikal pada alat intimnya tetapi dia tidak perawan dari segi peradaban dan moraliti
kemanusiaan! Jiwa dan perasaannya tidak menampakkan kesucian.
Apa lagi jika dia sanggup
menyerahkan dara dan tubuhnya kepada pemenang rancangan realiti ‘There’s
Something About Catarina’. Apakah ertinya ini bagi anda? Cuba anda selami.
Untuk dijadikan isteri yang solehah
dan baik, saya fikir Catarina Migliorini tidak sesuai … anda fikirlah sendiri
kenapa!
………………………………………………………………………
Brasilia:
Wanita Brazil yang sudah empat kali cuba menjual daranya kepada pembida
tertinggi di Internet akhirnya membatalkan hasratnya itu.
“Bidaan
ditutup,” kata Catarina Migliorini kepada Huffington Post melalui emel.
Sebaliknya, Yahoo! Brazil melaporkan Catarina, 23, bercadang menyerahkan dirinya kepada pemenang bagi rancangan realiti ‘There’s Something About Catarina’ yang masih dalam peringkat perancangan di Brazil.
Sebaliknya, Yahoo! Brazil melaporkan Catarina, 23, bercadang menyerahkan dirinya kepada pemenang bagi rancangan realiti ‘There’s Something About Catarina’ yang masih dalam peringkat perancangan di Brazil.
Bagi rancangan itu, 20 lelaki dari
seluruh dunia akan bertanding untuk menjadi pasangan seks pertama Catarina
selain memenangi hadiah AS$1 juta (RM3.3 juta).
Sebuah
laman web diwujudkan untuk mencari calon bagi rancangan berkenaan.
Ini
kali keempat Catarina berusaha meraih untung daripada menjual daranya.
Kali
pertama dilakukan pada Oktober 2012 melalui dokumentari Australia ‘Virgins
Wanted’ membabitkan bidaan di Internet.
Pemenangnya jutawan Jepun dikenali sebagai ‘Natsu’ dengan tawaran sebanyak $780,000 (RM2.6 juta).
Bagaimanapun, Catarina kemudian menarik diri kerana ragu-ragu mengenai ‘Natsu’ dan identiti sebenarnya selain mendakwa hampir ditipu pembuat dokumentari itu. - Agensi
Pemenangnya jutawan Jepun dikenali sebagai ‘Natsu’ dengan tawaran sebanyak $780,000 (RM2.6 juta).
Bagaimanapun, Catarina kemudian menarik diri kerana ragu-ragu mengenai ‘Natsu’ dan identiti sebenarnya selain mendakwa hampir ditipu pembuat dokumentari itu. - Agensi
sumber: myMetro
2 comments:
hadehhh
good morning to all, healthy slam
Post a Comment