Saya terfikir-fikir apakah entry yang saya nak kongsikan dengan teman-teman blogger untuk hari ini, 05 Disember 2011? Ya, 42 Tips Hidup Harmoni. sebuah e-book yang biasa-biasa saja tetapi mempunyai wawasan luar biasa khas disajikan untuk tetapan semua. Bukan sekadar tatapan tetapi untuk memantapkan hidup agar lebih harmoni.
E-book ini bukan untuk bersaing dengan buku-buku atau apa-apa e-book yang ada dan yang akan ada di luar sana tetapi sekadar memunculkan identiti yang tersendiri dengan tema hidup dan kehidupan.
Salah satu titipan dalam e-book ini yang pada saya memang mempunyai makna nya yang tersendiri adalah seperi berikut ... ikuti ya ...
Tidak ada perkara paling menarik, dan menghiburkan yang mampu anda lakukan di mana pun anda berada, selain menghubungi ahli keluarga anda. Itulah satu-satunya perkara yang berupaya melegakan kerinduan anda kepada mereka. Tak kiralah siapa. Suami, isteri, ibu, ayah, abang, kakak, adik, pakcik, makcik, atau siapa sahaja. Mereka pasti ada di sana untuk menyambut celoteh riang anda. Percayalah, mereka tidak pernah bosan mendengar kata-kata ceria anda. Aduh.
Lebih kerap anda berhubungan dengan mereka lebih bagus. Alat perhubungan sudah ada. Bilakah masa terakhir anda menghubungi ahli keluarga anda? Seminggu yang lalu? Dua hari yang lalu? Sejam yang lalu? Beberapa detik yang lalu? Tahniah. Andalah orang yang sangat prihatin.
Kalau bukan anda, siapa lagi? Kalau anda menghubungi ahli keluarga anda saat ini juga, jangan hubungi mereka semata-mata mahu mengharapkan balasan dari mereka untuk menghubungi anda pula.
Perbelanjaan untuk menghubungi seseorang ahli keluarga anda bukanlah segala-galanya. Selagi ada peluang, pergunakan peluang itu untuk berhubungan dengan mereka. Entahkan mereka sihat, entahkan mereka sakit. Itulah perlunya anda mengambil waktu untuk menghubungi mereka. Hubungi mereka saat ini juga, dan anda akan merasa lega, puas hati, gembira, dan senang kerana mereka masih baik-baik belaka. Alasan untuk menghubungi ahli keluarga hanya kerana ada perkara penting dan mendesak yang mahu dikhabarkan atau mahu disampaikan, bukanlah sebab bagi anda untuk tidak menghubungi ahli keluarga anda lebih kerap lagi.
Percayalah, apabila anda sedar bahawa mereka mengalami kesusahan sewaktu anda tidak menghubungi mereka, rasa bersalah yang mencengkam jiwa pasti mengganggu emosi, dan perasaan anda.
Hidup harmoni bukanlah mengenai kenapa dan mengapa anda mahu menghubungi sesiapa pun dari ahli keluarga anda, tetapi hidup harmoni ialah mengenai berapa kerap anda menghubungi ahli keluarga anda."
Terima kasih rakan-rakan blogger kerana menghabiskan petikan ini.
Jika anda berminat untuk mendapatkan edisi percuma "42 Tips Hidup Harmoni", ikuti saya di sini.
No comments:
Post a Comment