"Saya hanya mendapat ketenangan apabila berada di tengah-tengah hutan rimba dan menikmati pemandangan alam semulajadi yang memang amat indah". Itu antara kata-kata seorang teman rapat yang bersetuju bahawa alam semulajadi menjadi sumber ketenangan sejati.
Gambar-gambar berikut adalah 'photoshoot' amatur yang antara lain mengetengahkan pemandangan yang memang indah. Tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai untuk menikmati keindahan alam terutamanya pada hujung minggu atau di waktu cuti. Paparan gambar-gambar ini di ambil antara lain di Simpang Mengayau, Kudat; Pantai Melinsung, Papar; Labuh Raya Kota Belud - Kota Kinabalu; Sungai Kota Marudu; Tempat Nyaman, Kundasang, Ranau, Sabah [Negeri Di Bawah Bayu].
1 comment:
informasi yang bagus dan menarik
Post a Comment