My Dear Friend, If You Want To Receive Very New And Hot Entry, Follow Me Here

Let Me have An Easy Way To Reach You Back

Please Press Once And I'll Press YoursToo

Your IP Address is:

Need Another Language For This Site?

Servise Peti Sejuk & Penyamanan Udara

Exchange Banner With Me?

Gaya View.
Copy and paste this code into your web:

Very Hot Entry You Might Like

Read Popular Malaysia News Paper Daily

Updated Everyday. Just Follow Here:
Popular Malaysia News Paper

Sunday, July 31, 2011

Makanan, Air Atau Udara?

"Nak diet, tak nak makanlah...." Itu antara centasan kata-kata seseorang yang memang berniat nak mengawal berat badan. Mahu atau tidak, untuk terus hidup manusia perlukan makanan. Makanan bukan semata-mata untuk mengisi perut. Makanan membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Tanpa makanan manusia boleh maut dalam beberapa hari.

Suatu menu makanan yang seimbang tanpa melihat kepada jumlah makanan sudah cukup untuk mengekalkan kesihatan dan kebolehupayaan tubuh badan untuk terus bertenaga dan meneruskan kelanjutan hayat.

Manusia masa kini sering terdorong untuk mengambil makanan tanpa memikirkan jumlah makanan  yang mereka ambil. Apa yang penting perut mesti kenyang. Seolah-olah hidup untuk makan. Namun penelitian menunjukkan bahawa sedikit kuantiti makanan lebih dari mencukupi untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan mengikut keperluan berdasarkan aktiviti dan kerja yang dilakukan oleh seseorang. Maknanya kualiti makanan itulah yang lebih penting.

Air! Ya kenapa air? Tubuh badan manusia mampu berfungsi dengan lancar, efaktif dan teratur hanya jika ada air yang mencukupi. Maknanya di seluruh tubuh badan manusia, air mesti ada. Tanpa air pergerakan, tumbesaran dan malah perkumuhan benda-benda yang tidak lagi diperlukan oleh tubuh badan tidak terlaksana dengan berkesan.

Jangan tunggu sehingga anda rasa dahaga baru nak minum. Rasa dahaga sebenarnya adalah petanda bahawa tubuh badan anda sudah mencapai kandungan air yang kritikal. Ertinya air sudah terlalu sedikit.

Apa pun alasan anda, menunggu sehingga anda merasa dahaga barulah minum air, itu sudah terlalu lewat. Kadang-kadang perilaku anda dalam pengambilan air ini sebenarnya mengakibatkan sejumlah besar mekanisme tubuh badan sudah mengalami kelenguhan.

Mulai saat ini jangan tunggu sehingga anda benar-benar merasa dahaga baru nak minum. Minumlah sekerap yang boleh dan anda merasa lebih bertenaga dan ceria.

Tidak ramai yang memikirkan kepentingan udara yang kita sedut setiap saat. Rasa-rasanya jika anda tidak menyedut atau menahan nafas, berapalamakah anda boleh bertahan? 5 minit, 3 minit, 2 minit atau 40 saat? baiklah. Secara purata manusia hanya boleh bertahan tanpa udara paling lama 60 saat. Itu pun sudah tercungap-cungap. Kenapa demikian?

Penelitian menunjukkan setiap otot malah sel dalam tubuh badan memerlukan udara tepatnya oksijen untuk terus ber'operasi' dengan lancar. Tanpa oksijen, semua benda hidup termasuk manusia akan 'jammed': terhenti dari hidup. Mulai saat ini jangan memandang remeh mengenai kepentingan 'udara' kepada tubuh badan anda.

Kalau anda tidak percaya, cubalah menahan nafas anda dan lihat berapa lama anda boleh bertahan!

Kebersihan udara itu juga penting. Kalau dah tepu dengan kandungan asap terutamanya asap tembakau dan rokok, alamatnya itu sama dengan menghirup asap dari dapur kuari yang sangat kotor. Anda sedang menghidu asap, debu, tar, dan kekotoran lain yang tidak sepatutnya masuk ke dalam paru-paru anda. Berhati-hati dengan jenis udara yang anda sedut masuk ke dalam rongga pernafasan anda.

Itulah antara kepentingan tiga unsur atau bahan yang ada disekeliling kita terutamanya untuk memperpanjangkan jangka hayat kehidupan dan keboleh-upayaan tubuh badan kita untuk terus dapat bergerak atau tepatnya untuk terus hidup.

Persoalannya, antara tiga perkara utama dan paling asas iaitu makanan, air, dan udara, pada pengamatan dan fikiran anda, mana yang lebih penting dan kenapa?

1 comment:

Obat Kencing Manis said...

cerita yang sangat menarik