My Dear Friend, If You Want To Receive Very New And Hot Entry, Follow Me Here

Let Me have An Easy Way To Reach You Back

Please Press Once And I'll Press YoursToo

Your IP Address is:

Need Another Language For This Site?

Servise Peti Sejuk & Penyamanan Udara

Exchange Banner With Me?

Gaya View.
Copy and paste this code into your web:

Very Hot Entry You Might Like

Read Popular Malaysia News Paper Daily

Updated Everyday. Just Follow Here:
Popular Malaysia News Paper

Thursday, July 21, 2011

Rumah Jadi Neraka Kepada Gadis

Rumah sendiri tidak lagi selamat untuk dihuni. Pemerkosaan dan pencabulan terutama kepada gadis-gadis sedang berleluasa. Berlaku bukan oleh orang yang tidak dikenali atau 'stranger' tetapi dilakukan oleh kalangan ahli keluarga yang sepatutnya dipercayai. Bapa kandung sendiri, abang, datuk, adik, sepupu lelaki, sahabat karib, dan malah orang yang paling rapat pun tergamak melempiaskan keinginan nafsu jehanam kepada tubuh kerdil seorang ahli keluarga yang sepatutnya dilindungi. Perkara ini telah berlaku, sedang berlaku, dan akan berlaku pada bila-bila masa. Ini umpama 'time-bomb'. Meletup, meletup, dan akan meletup lagi. Yang menjadi mangsa ialah wanita-wanita atau gadis-gadis kecil yang memerlukan pembelaan.

Jika ada lelaki yang memang hidup berpaksikan nafsu syawat semata-mata, jangan heran kalau enam dari sepuluh gadis yang tinggal bersama-sama mereka, akan mengalami trauma kerana 'taman' kesucian yang mereka pagari dan jagai selama ini dicerobohi. Inilah kekejaman yang selalu lelaki pergunakan untuk melenyak hidup seorang wanita.

Tuhan menciptakan wanita sebagai pendamping, teman setia, sahabat, dan yang paling utama menjadi isteri kepada seorang lelaki. Persoalannya ialah apabila seorang wanita menjadi trauma kerana pengalaman masa lalu yang memang menggetirkan dan menakutkan, bagaimana mungkin seseorang wanita itu menjadi pendamping, teman, sahabat dan isteri yang baik dimasa akan datang?

Pada saya, jika inilah keadaannya, saya akan mempersalahkan lelaki pelaku itu 100%. Kenapa tidak ...? Jika lelaki yang sepatutnya menjadi pelindung ini melaksanakan tanggungjawabnya, 'kemalaratan emosi' yang kini ditanggung oleh wanita tersebut tidak akan, ya tidak akan pernah berlaku! 

Perlakuan kejam terhadap wanita tidak pernah akan ada pengakhirannya. Mustahil dan infiniti! Kenapa?  Anda tanya kenapa. Selagi ada lelaki yang ego, Selagi ada lelaki sex maniac, selagi ada lelaki hidung belang, selagi ada lelaki buaya, selagi ada lelaki biawak, selagi ada lelaki iblis jehanam, selagi itulah pemerkosaan dan perogolan terhadap wanita ini berlanjutan.

Saya juga lelaki. Ya, saya memang seorang lelaki. Lengkap dengan ciri-ciri kelelakian. Mampu, boleh, dan dapat melakukan apa sahaja perlakuan yang lelaki 'mahu' lakukan kepada setiap 'perempuan'. Tapi ingat, kelelakian tidak selalunya menjadi lesen kepada lelaki untuk melakukan 'apa saja' terhadap seseorang wanita. Tidak, dan tidak sama sekali. Noktah! 

Jangan kata tidak dan jangan kata tiada. Di mana-mana di merata dunia ini ada sahaja wanita yang mengalami penderitaan, penyeksaan, kesakitan, dan malah kematian disebabkan 'kebinatangan' segelintir kaum lelaki. Nama saja lelaki, tetapi hati perut bukan lelaki. Lelaki sepatutnya menjadi pelindung kepada wanita, ini tidak. Lelaki pulalah yang menjahanamkan wanita.

Kekejaman demi kekejaman  berlaku. Wanita yang kudratnya memang lemah berbanding lelaki, wanita yang memang diciptakan dengan kelemah-lembutan, wanita jugalah yang menderita dan mengalami kematian dek kekejaman manusia bergelar lelaki. 

Di manakah lagi tempat yang aman dan damai bagi wanita? Oh, jauh di lubuk hati saya ternyata berkecamuk lentaran sangat emosional akan perlakuan tidak adil kepada wanita-wanita ini. Apa yang ada dalam pemikiran mereka lelaki-lelaki ini? Apakah hanya terfokus kepada 'benda' yang ada di celah kelangkang seorang wanita, atau kerana membalas dendam, atau kerana kemarahan yang melampau terhadap wanita, atau memang mahu menunjukkan 'ketokohan' menjadikan wanita trauma? Kalau begitu, tidak ada lagi mana-mana tempat yang selamat di mana pun di atas permukaan bumi ini selagi lelaki bernama 'jantan jehanam'.

Lihatlah beberapa foto wanita berikut yang mengalami penyeksaan dan kematian akibat 'keiblisan' lelaki:






 
The last but not the least, saya selalu akur bahawa tidak semua lelaki bersifat kejam terhadap wanita. Ada ramai lelaki di luar sana yang menghormati dan menyayangi wanita setulus hati dan segenap jiwa. Syabas dan tahniah kepada anda. Cuma saja wanita kadang kala tidak 'mampu' menyelami lelaki seumpama ini. ... dan bukan semua wanita baik-baik belaka. Ada wanita kejam lebih kejam dari hewan, dan lebih dashyat dan lebih menggerunkan berbanding 'hantu'!

Catatan ini cuma luahan minda saya semata-mata dan tidak ada kena-mengena dengan sesiapa pun juga sama ada yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia.

Ikuti catatan saya selanjutnya ...

4 comments:

Obat alami insomnia said...

subhanalloh,,,,,

Obat alami kelenjar getah bening said...

alloh huakbar sangat menakutkan sekali ,,,,,,,,,

somoon said...

Obat alami insomnia & Obat alami kelenjar getah bening,

terima kasih kerana anda prihatin dengan kata hati "Rumah Jadi neraka Kepada Gadis"

semoga anda di rahmati-Nya selalu

Obat Luka Lambung said...

astagfirullah........ kenapa wanita diperlakukan seperti ini ? sebagai seorang wanita saya miris melihatnya