Gambar ini bukan gambar hiasan
Tidak ada seorang pun perempuan
atau wanita yang sanggup menerima perlakuan kebinatangan lelaki terhadap mereka.
Dalam istilah rogol, mati lebih baik dari menanggung trauma dan kekejaman
gender yang sudah diakui telah berlaku sejak purbakala lagi.
Begitulah yang berlaku terhadap
seorang pelajar IPTS berumur 24 tahun. Membunuh diri selepas dirogol menjadi
saluran kekecewaan dan perasan trauma diri.
Sudah sampai masanya kerajaan
mengambil tindakan lebih tegas dan drastik terhadap pelaku-pelaku tidak berperikemanusian
ini. Frekuensi kejadian rogol, perkosa dan bunuh tidak ada sebarang tanda
penurunan malah semakin meningkat seiring peredaran masa. Apakah masyarakat
hanya sanggup bersimpati namun terus membiarkan mangsa merasai trauma, kekejaman
dan derita sepanjang hidup mereka?
Gejala kebiadaban dan kebinatangan
lelaki terhadap wanita perlu diperdebat di Parlimen untuk menggubal satu
undang-undang agar pelaku rogol, perkosa dan pencabul kehormatan wanita
dikenakan tindakan lebih berat. Selama ini, hukuman sekitar 20 tahun penjara dan
beberapa sebatan rotan tidak pernah menserikkan lelaki yang memang ‘sex maniac’.
Saya cadangkan agar pelaku rogol,
perkosa dan cabul wanita, patut dikenakan hukuman ‘gantung sampai mati’ atau
paling ringan pun sama ada ‘batang penis atau testis atau kedua-duanya sekali dipotong’.
Siapa yang setuju? Siapa yang tidak
setuju? Kenapa saya cadangkan sedemikian? Bolehkah anda bayangkan bagaimana
dashyatnya penderitan emosi, fizikal dan mental seseorang perempuan yang telah dirogol,
diperkosa atau dicabul. Derita itu akan dipikul oleh mangsa sepanjang hayatnya!
Kejadian itu akan sentiasa menghantui kehidupan mangsa!
Fikirkan.
Berikut, cuba anda renungkan perasaan
trauma pelajar wanita IPTS berumur 24 tahun ini dan apa kemungkinan
risiko-risiko dashyat yang menyusul dalam hidupnya selepas dirogol? Dan
pelakunya kalau ditangkap, paling tidak pun hanya dipenjara dan disebat
kemudian akan dibebaskan tidak lama kemudian. Benar-benar tidak adil!
Petaling Jaya: Seorang penuntut
perempuan sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di sini, cuba
membunuh diri dengan terjun dari tingkat lima sebuah bangunan pasar di Seksyen
14, di sini, selepas dipercayai dirogol pagi semalam.
Difahamkan, dalam kejadian jam 7
pagi itu, mangsa yang berumur 24 tahun itu dipercayai dirogol di tempat lain
sebelum dia mengayuh basikalnya ke lokasi kejadian untuk membunuh diri.
Pengawal keselamatan di bangunan berkenaan yang mahu dikenali sebagai Hamdi, 30-an, berkata, ketika sedang berkawal, dia ternampak mangsa meletakkan basikalnya di kawasan belakang pasar itu dan menyangka mangsa hendak berjoging.
“Namun, selepas meronda di tingkat
bawah, saya naik ke tingkat lima dan terkejut selepas ternampak wanita sama
duduk di atas tembok dan bersedia untuk terjun.
“Apabila saya cuba menghalang, wanita itu mula menangis sebelum menjerit agar saya tidak mendekatinya,” katanya.
Menurutnya, apabila dia berlari untuk mendapatkan bantuan, dia mendengar bunyi dentuman kuat di tingkat bawah dan ketika itu didapati wanita sama sudah tidak sedarkan diri.
Katanya, dia kemudian memaklumkan
kejadian itu kepada polis.
“Wanita yang cedera itu kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut,” katanya.
Menurut sumber, berdasarkan
pemeriksaan doktor, ada kesan koyakan pada kemaluan mangsa yang kemungkinan
mengesahkan mangsa dirogol.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan dan berkenaan wanita itu kini berada dalam keadaan stabil.
sumber: myMetro
No comments:
Post a Comment