Kuala Lumpur: "Sejak kecil
saya cuba buktikan kecacatan saya bukan penghalang untuk berjaya. Begitupun,
lain pula jadinya bila saya mahu cari kerja.
"Kebanyakan majikan yang
menemuduga saya hanya melihat kecacatan dan bukan kemampuan saya," kata
Kamalru Azman Daud, 26, pelajar kelainan upaya (OKU) bijak yang masih gagal
mendapatkan pekerjaan meskipun menamatkan pengajian dengan cemerlang tahun
lalu.
Dilahirkan cacat tangan kiri dan
kudung kaki kiri, pelajar jurusan Ijazah Teknologi Sains Perubatan Universiti
Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam itu mendapatkan purata nilai gred (GPA) 4.00
untuk semester akhir iaitu praktikal dan tesis, sekali gus menamatkan pengajian
dengan purata nilai gred terkumpul (CGPA) 3.57.
Sepanjang tempoh pengajian, anak kelahiran Kelantan ini juga menerima tiga Anugerah Dekan berikutan kecemerlangannya dalam akademik walaupun terpaksa berulang-alik ke kuliah menggunakan kaki palsu.
Sepanjang tempoh pengajian, anak kelahiran Kelantan ini juga menerima tiga Anugerah Dekan berikutan kecemerlangannya dalam akademik walaupun terpaksa berulang-alik ke kuliah menggunakan kaki palsu.
Menurut
Kamalru, cita-cita untuk berjaya dalam bidang pelajaran kini tercapai, namum
impian untuk berkerja seperti individu normal tetap terhalang kerana diskriminasi
terhadap individu sepertinya.
Sumber: myMetro
No comments:
Post a Comment