Seperti yang telah diluahkan beberapa kali melalui luahan hati berbentuk coretan yang terpahat pada blog ini, sekali lagi seorang wanita yang baru berumur 25 tahun, tampil dengan kisah hidup berkeluarga yang bukan sahaja dipenuhi 'onak dan duri' malah seakan hidup di alam neraka. Ikuti catatan hdup berkeluraga beliau yang hanya bertahan beberapa bulan ...
Kuala Lumpur: Pengorbanan seorang
wanita menjadi ‘isteri gantian’ demi mengelakkan malu keluarga suaminya, hanya
sia-sia apabila dia kemudian dilayan seperti hamba seks serta dipandang rendah
termasuk oleh mentuanya.
Wanita itu yang mahu dikenali
sebagai Hanim, 25, berkata, selama empat bulan pertama berkahwin, dia dan suami
hanya berhubung menerusi telefon selain berjumpa seminggu sekali kerana
suaminya yang juga seorang doktor, bertugas di luar ibu negara.
Hanim
berkata, apa yang menyedihkan ialah di sebalik bersikap dingin terhadapnya,
suaminya seolah-olah menjadikan dia seperti hamba seks setiap kali mereka
berjumpa termasuk meliwatnya.
“Saya diliwat ketika usia perkahwinan baru masuk hari ketiga. Selepas itu dia hanya pulang ke rumah sekali-sekala dan setiap kali balik dia mesti mengajak saya melakukan hubungan kelamin termasuk luar tabii. Tanpa pilihan, saya terpaksa menurut saja kemahuannya,” katanya.

Berikutan
itu, perkahwinan Hanim yang berlangsung Mei lalu di sebuah kawasan perumahan
dekat sini, hanya bertahan enam bulan apabila mereka bercerai November lalu.
sumber: myMetro
No comments:
Post a Comment