Kisah benar ini patut menjadi iktibar kepada mereka yang sangat gemar dengan permaian komputer atau games. Kecanduan melampau terhadap games komputer lebih besar mudaratnya berbanding kebaikan. Ikuti kisah berikut:
Georgetown: Ketagihan bermain
permainan komputer membawa padah kepada bekas pembantu restoran apabila ditemui
mati akibat serangan jantung, selepas berkurung lebih 10 jam dalam bilik di
rumahnya dekat Bandar Baru Air Itam di sini, kelmarin.
Ong Yee Haw, 23, ditemui mati di hadapan komputer dalam bilik itu oleh bapa saudaranya jam 4 petang kelmarin, apabila pemuda terbabit tidak menyahut panggilan ahli keluarganya.
Ong Yee Haw, 23, ditemui mati di hadapan komputer dalam bilik itu oleh bapa saudaranya jam 4 petang kelmarin, apabila pemuda terbabit tidak menyahut panggilan ahli keluarganya.
Mangsa yang menghabiskan masa selama
beberapa jam di kafe siber, pulang ke rumah pada jam 1 pagi kelmarin, sebelum
meneruskan permainan komputer di biliknya.
Ibu mangsa, Chew Qun Juan, 62, berkata anaknya mula ketagih bermain permainan komputer itu sejak lima bulan lalu selepas terbabit dalam kemalangan di tempat kerja.
“Susulan kemalangan itu, tangannya cedera menyebabkan dia berhenti kerja sebelum menghabiskan banyak masa bermain permainan komputer di rumah.
“Saya sudah menasihatinya tetapi dia enggan dengar,” katanya yang ditemui di rumah mayat di Hospital Pulau Pinang (HPP), di sini, semalam.
Qun Juan berkata, ketagihan permainan komputer itu menyebabkan anaknya enggan melakukan sebarang pekerjaan lain.
“Jika tidak bermain dalam biliknya
di rumah, dia akan menghabiskan masa di kafe siber. Sebagai ibu, saya memang risau
melihat keadaannya,” katanya.
sumber: bharian.com.my
7 comments:
Itu la ida terperanjat juga dengar berita ni di radio sinar awal pagi semalam...dikatakan hampir 15 jam... iskkk risau juga sbb ida ni kdg2 duduk mengadap komputer pun hampir 8 jam hehe
macam2 la, boleh main ngadap pc lama2.
Hi thank you for stoping by on my blog, You have also wonderful Blog,
From Harry
main games sih sebenarnya boleh karena mungkin itu kegemaran atau menghilangkan rasa penat setelah sekolah atau kegiatan lain. Tapi harus ingat waktu jangan sampai kebablasan !
menyedihkan
Salam.
Visit here somoon :)
Memang banyak kajian dah skrg,menyatakan terlalu lama menghadap pc, banyak penyakit kemudian hari. Tapi ni sampai mati..huhu. Kita sendiri kena alert, setiap sejam, buat regangan badan yang ringkas.
nice
Post a Comment