My Dear Friend, If You Want To Receive Very New And Hot Entry, Follow Me Here

Let Me have An Easy Way To Reach You Back

Please Press Once And I'll Press YoursToo

Your IP Address is:

Need Another Language For This Site?

Servise Peti Sejuk & Penyamanan Udara

Exchange Banner With Me?

Gaya View.
Copy and paste this code into your web:

Very Hot Entry You Might Like

Read Popular Malaysia News Paper Daily

Updated Everyday. Just Follow Here:
Popular Malaysia News Paper

Wednesday, January 23, 2013

RM20K Jika Jumpa Kanak-Kanak Ini


Kehilangan seorang kanak-kanak berumur enam tahun, William Yau Zhen Zhong masih diklasifikasikan sebagai kes ‘orang hilang’ dan bukan culik, kata Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli kepada media

Beliau berkata ini kerana tiada sebarang wang tebusan diminta daripada keluarga mangsa sehingga kini.

Sehubungan itu,Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, beliau menawarkan ganjaran RM20,000 kepada sesiapa saja yang memberikan bukti sehingga membawa kepada penemuan kanak-kanak itu

Ibu bapa William menyumbang RM5,000 untuk ganjaran tersebut manakala Syarikat Kumpulan KK dan Kelab Rela Wilayah Persekutuan masing-masing menderma RM5,000 dan RM10,000.

Salah seorang ahli Rela, Chong berkata, seramai dua juta ahlinya akan membantu dalam misi mencari kanak-kanak hilang itu.

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, mereka akan memuat turun gambar William di laman web parti itu dan menggesa setiap cawangannya untuk menampal poster kanak-kanak tersebut di tempat awam.

“Itu saja yang dapat kami Bantu, kami berdoa supaya William dapat dijumpai semula untuk meraikan sambutan Tahun Baru Cina bersama keluarganya”, katanya.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye berkata, mereka secara sukarela akan membantu dalam mencari kanak-kanak tersebut sambil menambah ahlinya akan menjadi ‘mata dan telinga’ kepada pihak polis.

“Adalah penting bagi kita untuk memainkan peranan dalam membantu ibu bapa kanak-kanak itu dalam apa jua cara sekalipun”, katanya.

No comments: