Penerima BR1M sebelum ini tidak perlu mendaftar semula manakala penerima
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang telah bertukar alamat atau
kematian ketua isi rumah, perlu mendaftar semula untuk membolehkan
mereka menerima bantuan pusingan kedua yang akan diagihkan awal tahun 2013. Tahniah Malaysia dan syabas rakyat Malaysia.
Pemohon baru boleh mendaftar secara atas talian (online) atau secara
manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2.0 apabila pendaftaran
dibuka 1 Nov nanti. Borang permohonan boleh didapati secara percuma di :
1-Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
2-Jabatan Pembangunan Persekutuan
3-Jabatan Kebajikan Masyarakat
4-Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
5-Dimuat turun melalui laman http://www.hasil.gov.my/indexbi.php
Muatturun Borang BR1M
https://ebr1m.hasil.gov.my/manualpengguna/borangbr1m2.pdf
Daftar online BR1M
https://ebr1m.hasil.gov.my/
Antara kriteria penerima BR1M 2.0 yang layak memohon bantuan RM500:
1) Ketua isi rumah (lelaki atau perempuan) berpendapatan kasar bulanan RM3,000 ke bawah. Ia merangkumi individu yang telah berkahwin, termasuk yang tinggal bersama ibu bapa.
2) Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah serta individu bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah di dalam rumah yang sama.
3) Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas (lahir 1953 atau sebelumnya) dengan pendapatan kasar bulanan RM3,000 ke bawah juga layak memohon. Sumber:BERNAMA
sumber: http://www.ajumohit.com
1 comment:
informasi yang bagus beud
Post a Comment