Satu ketika semasa sedang dalam kuliah, seorang daripada anak buah ku mencelah sambil tersenyum sumbing. Sebenarnya mulutnya agak mantap dan sempurna tanpa ada cacat cela kesumbingannya. "Mulai saat ini aku nak mahukan perubahan yang drastik, 'aku nak amalkan konsep study smart', tak mau nak tersengih-sengih lagi". Lantang suaranya. sambil disambut dengan leraian tawa tak sudah dari rakan-rakan sekuliahnya.
Sebenarnya aku mendapat sedikit iktibar dari anak buah ku yang satu ini. Walaupun dia rajin dan berdedikasi dalam semua kerja-kerja dan assignment yang diberikan, dia agak kelam kabut sebab dia jenis yang mahu lakukan tugas pada saat-saat akhir. Last minute katakan.
Kadang kala ada ramai manusia yang telah, sedang dan terus mengamalkan kaedah yang kurang mantap ini. Kalau tidak didesak, mereka seakan-akan mahu tak mahu, hendak tak hendak membereskan sesuatu kerja. Akibatnya: kadang kala parah!
Ada baiknya tugasan yang diberikan harus diperhatikan keberdesakannya. Semua tugasan adalah penting dan perlu serta harus dilaksanakan secepat mungkin kalau boleh. Apa pun, ada tugasan yang mahu tidak mahu wajib dilaksanakan dengan serta merta. Misalnya tugasan yang 'date due'nya yang pendek. Contohnya 12 jam. Pertamakan tugasan yang sedemikian berbanding tugasan yang masih ada 48 jam untuk disiapkan. Hasilnya anda akan lebih santai, relaks dan damai.
7 comments:
mantap nie gan info nya sangat bagus dan sangat menarik nei gan,,,,,,
Terlalu sibuk akan bikin stres, gak ada kerjaan juga bisa stres.... hhe
nice entry. hi im already follow this blog. feel free to visit n follow me back. thanks :)
memang betul..
pengurusan masa amat penting..
betul2.. aida pun masa stdy dulu suka buat last minit, kadang2 rasa aida la yg paling lambat..rupanya ada lagi yg lambat.. lagi 1 jam nak close pun sempat buat.. tapi memang kelam kabut, hasilnya sungguh tak kemas.
sebaiknya sibuk atau tidak sibuk kita harus tetap menjalaninya dengan semangat agar semua hasilnya menjadi maksimal.
informasi yang bagus dan menarik
Post a Comment