My Dear Friend, If You Want To Receive Very New And Hot Entry, Follow Me Here

Let Me have An Easy Way To Reach You Back

Please Press Once And I'll Press YoursToo

Your IP Address is:

Need Another Language For This Site?

Servise Peti Sejuk & Penyamanan Udara

Exchange Banner With Me?

Gaya View.
Copy and paste this code into your web:

Very Hot Entry You Might Like

Read Popular Malaysia News Paper Daily

Updated Everyday. Just Follow Here:
Popular Malaysia News Paper

Sunday, February 19, 2012

Tanda Kalut Seseorang Mulai Kecanduan Rokok

Maaf ya, saya tidak ada niat pun untuk memburuk-buruk rakan-rakan blogger yang memang senang dengan rokok atau lebih tepat merokok. Tapi tahukah anda bahawa merokok bukan saja memudaratkan tubuh badan  anda sendiri malah 'mencederakan' orang lain yang anda kasihi yang tinggal rapat dengan anda, misalnya isteri anda atau anak-anak anda! Saya pasti anda tahu dan faham sangat dengan ini, bukan?

Tapi bukan itu yang saya nak sampaikan. 

Kebetulan, ada ramai remaja-belia yang berumur awal dua puluhan yang berada dibawah seliaan dan kawalan saya. Jadi saya tahu benar gelagat mereka mengenai rokok ini. Kepada yang dah dewasa sangat dan tegar jadi perokok tak apalah sebab anda dah mampu fikir buruk baiknya rokok ini. Pihak kerajaan pun dah sibuk kempen larang merokok sini sana, dari dulu lagi! Kenapa? Buruknya banyak berbanding kebaikan. Fikirlah sendiri.

Satu perkara, mungkin ada banyak yang lain, tapi ini yang saya nampak sangat apabila remaja-belia sudah kecanduan rokok.

Mereka akan 'ghaib' daripada pandangan kita dengan tiba-tiba, kemudian muncul tidak berapa lama sekitar sepuluh minit kemudian. Selalunya mereka akan muncul kemudian dengan berbagai helah misalnya mengunyah gula getah, makan gula-gula, dan menggunakan haruman tertentu. Mereka lakukan ini dalam keadaan-keadaan tertentu misalnya selepas makan, selepasa melakukan apa-apa kerja dan sebagainya.

Kepada remaja yang sudah mulai kecanduan rokok, saya tahu anda sebenarnya tahu dan faham sangat buruknya padah merokok ini. Jangan kata orang lain tidak tahu anda merokok. Karut! 

Bibir anda menceritakan segalanya. Nafas anda meluahkan apa yang dah anda lakukan. Bau penget asap TEMBAKAU yang melekat di kain baju anda memperlihatkan 'batuk yang anda buang di tangga'. 

Aduh ... apa faedahnya anda 'mengunyah' rokok ini? Apa? ... Anda kata hak sendiri? Rokok akan menjehanamkan anda. Ini baru rokok. Fikrilah ... umur anda baru awal 20-an. Baik anda berhenti sebelum anda batuk-batuk, batuk kahak darah, kena barah mulut, barah paru-paru, dan ah ... banyak lagi sakit yang dashyat hanya kerana ROKOK!