JOHOR BAHRU: Hasrat seorang bapa untuk menimang cucu sulung musnah apabila anaknya yang hamil sebulan ditemui mati dengan kesan dikelar pada lehernya di sebuah rumah di Batu 16, Jalan Kastari, Ulu Tiram, di sini, petang kelmarin.
Lebih menyayat hati, pembunuhan kejam Rohana Hamzah, 26, yang didakwa keluarga mangsa sebagai angkara suaminya berlaku pada tahun kelima perkahwinan pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga.
Bapa mangsa, Hamzah Mohamad, 51, berkata, dia rebah kerana hatinya hancur sejurus melihat jenazah Rohana tertiarap berlumuran darah di bilik tidur di rumah sewa pasangan berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, dia mula cemas selepas melihat polis dan orang ramai mengerumuni rumah anak perempuannya itu sebelum rebah sejurus melihat jenazah anak ketiganya itu dengan tangan terkilas ke belakang.
“Saya mula rasa ada yang tak kena apabila melihat menantu berusia 24 tahun dalam keadaan bergari dan dibawa polis,” katanya yang ditemui di Hospital Sultan Ismail (HSI), semalam.
Hamzah berkata, kali terakhir dia berjumpa Rohana ketika anaknya itu pulang bercuti seminggu iaitu sebelum Aidiladha lalu di rumahnya di Taman Sri Pulai di Skudai pada 14 November lalu.
Hamzah berkata, kali terakhir dia berjumpa Rohana ketika anaknya itu pulang bercuti seminggu iaitu sebelum Aidiladha lalu di rumahnya di Taman Sri Pulai di Skudai pada 14 November lalu.
“Kali terakhir Rohana menghubungi adiknya pula kira-kira jam 11.15 pagi pada hari kejadian. Dia bertanyakan salinan MyKad miliknya yang tertinggal di rumah kami.
“Bagaimanapun, perbualan singkat itu terhenti dan pada masa sama, adiknya mendengar bunyi bising sebelum talian terputus,” katanya.
Menurutnya, risau dengan keadaan itu, mereka sekali lagi cuba menghubungi Rohana, tetapi panggilan tidak berjawab.
“Kami tahu sangat sikap cemburu dan panas baran suaminya kerana pernah melihat dia memukul Rohana di depan kami.
“Malah, kami juga berat melepaskan Rohana pulang pada malam sebelum kejadian memandangkan dia baru saja dicederakan suami sebelum pulang ke rumah kami,” katanya.
sumber: myMetro
7 comments:
Astagfirullah. Kasihan sekali nasib wanita ini.
Ni lah manusia zaman sekarang, suami sendiri belum tentu boleh dipercayai ... tapi bukan semualah.
sadisnya dan kesian pada mangsa..sudah la mengandung, si suami sanggup mengelar. Umat akhir zaman banyak ikut nafsu. Jauhkanlah dari kita semua benda2 nie. Menakutkan T_T Al-Fatihah untuk mangsa dan takziah utk keluarganya.. Moga si pesalah bertaubat dengan kesalahannya.
"Keluarga Harmoni" ...tapi banyak cerita yang mengecutkan perut mengenai keluarga...! Hati jadi takut, sedih, marah dan pelbagai reaksi lain. Manusia yang digambarkan semakin kejam, suami, isteri saling membunuh, anak kelar/tetak ibu, rumah bukan lagi tempat yang selamat....keluarga jadi tidak harmoni lagi...amat menakutkan. Apapun tahniah dan terima kasih kerana berita /cerita begini saudara upload dan kongsikan bersama semua.
astagfirullah... suami macam apa itu yan tega berbuta demikian pada istrinya sendiri
Thanks for the posst
Post a Comment