“Wang bukanlah segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan wang”. Saya fikir kenyataan itu ada ketepatanya. Walaupun kebanyakan orang hidup bukan berpaksikan wang semata-mata tetapi setiap keperluan hidup sama ada dari segi makan, pakai, tempat berlindung, urusan, pergerakan dan sebagainya memerlukan wang.
Tetapi ada satu behana akibat wang: kadang-kala kemewahan dalam bentuk wang yang dimiliki sering mengundang kemalut hidup. Ada yang menjadi mangsa culik, ada yang menjadi mangsa ugutan, ada yang menjadi mangsa ancam bunuh dan sebagainya.
Pendeknya, segala-galanya berantakan hanya kerana wang!
Ikuti kisah selanjutnya …
Itulah nasib lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Alwi, 35, apabila dia kini diburu serta diancam bunuh anggota kumpulan kongsi gelap selepas tauke pusat siber tempat dia bermain berang dengan tindakannya menuntut wang kemenangan RM17 juta itu.
Alwi berkata, segala-galanya bermula apabila dia bermain satu permainan judi komputer dikenali sebagai ‘Football Fever’ dengan nilai pertaruhan RM50 di sebuah pusat siber di Taiping, hujung bulan lalu.
“Hasil pertaruhan RM50 itu, saya menang RM1,400 dan menggunakan semua wang itu sebagai pertaruhan untuk terus bermain sehingga mengumpulkan RM140, 000 dalam masa kurang setengah jam.
“Walaupun jumlah wang kemenangan itu sudah banyak, tapi saya tak mengambilnya atau istilah yang sering digunakan ‘cuci duit’. Sebaliknya saya gunakan sebagai pertaruhan hingga menang lebih RM17 juta,” katanya.
Sumber: myMetro
No comments:
Post a Comment