Hari-hari yang dilalui terasa kesibukannya. Dari pagi hingga ke petang, nampaknya kerja dan tugasan tidak pernah habis, maksud saya tidak pernah selesai, tidak pernah ada noktahnya. Kenapa dan kenapa dan kenapa? Seolah-olah setiap detik atau sekurang-kurangnya setiap hari ada saja kerja dan tugasan baru yang perlu dan harus dibereskan.
Pagi datang pejabat, dan mulai berbicara, mulai bergoyang-goyang, mulai mudik, ke hulu dan ke hilir. Jam 10 pagi mereka senang bercakap kosong dan selalunya bermesyuarat di kedai kopi atau warung tepi jalan sambil berborak kosong. Indahnya masa luang mereka.
Jam 12.45 tengah hari sekali lagi laluan keluar pejabat seakan terlalu sempit akibat gerakan rakan-rakan dan kawan-kawan sepejabat memulai aktiviti memenuhi masa rehat yang rasanya tidak cukup. Jalan ke warung kegemaran ambil masa 20 minit. Order makanan dan minuman tengah hari ambil 15 minit. Makan ambil paling cepat pun 25 minit. Sudah 1 jam. Lepas tu borak-borang kosong sambil hisap cerut kepada peminat cerut atau tembakau. Itu pun kurang-kurang ambil 30 minit. Hai, cepatnya masa.
Jam 2 petang mesti masuk pejabat lagi.
Satu pagi ketua bahagian menjemput datang ke mesyuarat bulanan. Rakan-rakan kerja semua hadir. Masuk ke bilik mesyuarat satu demi satu. Nampak keadaan mereka yang kosong. Wajah seakan diseliputi awan tebal. Ada muka monyong. Ada muka senyum sinis. Ada muka memanjang macam wajah unta. Ada muka garang macam mimik ular beludak. Kenapa? Entah!
Ketua bahagian menghemburkan emo yang terpahat dikalbu sekian lama. Bagaikan halilintar membelah bumi. Jangan fikir ketua bahagian yang nampak ceria, nampak akrab, nampak muka innocen tidak mengugat perasaan. Ketika ini semua lidah seakan melekat di lelangit mulut. Ketika ini semua mata seakan terkatup rapat. Yang ada semuanya hanya adunan gentar dan takut dan hanya mampu mempamer muka seakan minta dikasihani. Aduh...?
Bukankah masa-masa lalu adalah yang paling indah sementara masa masih mengizinkan untuk menyelesaikan segalanya. Sementara masa masih mampu mengabulkan tindakan-tindakan yang ikhlas dan jujur belaka. Semantara masa masih akrab untuk menemani sesiapa pun juga untuk menyiapkan segala sesuatu yang bersifat kewajipan.
Kenapa pagi ini tidak ...?
Pagi ini, masa sudah tidak mengizinkan lagi. Kiranya hari-hari dahulu mampu memberikan kebahagiaan saat ini. Apa pun kiranya hari-hari tidak baik kini mampu memberikan pengalaman sebagai sempadan dan iktibar.
No comments:
Post a Comment