Salam sejethera kepada semua pengunjung blog Keluarga Harmoni. Untuk ke sekian kalinya ,saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas kesudian anda mengunjungi blog saya yang tak seberapa ini. Selamat meneruskan pembacaan anda.
Kepada rakan-rakan blogger sekalian, jangan terlalu gusar dengan entri saya pada kali ini. Cuma saja nak tahu apa kebiasaan rakan-rakan blogger apabila melawat atau blogwalking ke blog-blog rakan. Bahagian mana yang sahabat akan lihat dahulu apabila sahaja blog rakan lain terpapar?
Atau apakah anda senang-senangkan diri kemudian melihat-lihat entri terbaru rakan seblogger anda?
Atau apakah anda cukup supporting dan kemudian melakukan klik kepada mana-mana ads yang ada pada blogger teman anda?
Atau apakah anda akan pergi ke ruangan arkib dan melihat-lihat sama ada teman anda ada entri yang menarik perhatian anda dan anda cuba membaca entri tersebut?
Atau apakah anda mengambil sekurang-kurangnya 60 saat menatap blog rakan blogger anda dengan membaca sesuatu yang bermanafaat dan sebagainya?
Atau apakah anda akan mengambil masa sedikit lama untuk menatap blog yang mempunyai apa-apa tutorial mengenai sesuatu misalnya tutorial menambah baik viewing blog anda atau ada widget unik yang belum anda pasang pada blog anda?
Apa pun, terserah anda. Dan itu hak anda secara mutlak. Tiada sesiapa pun yang memaksa anda. Itu adalah pilihan anda. Apa pun anggapan anda terhadap mana-mana blog semasa anda melawat blog tersebut tidak ada yang ambil kisah, sama ada anda hanya ingin naikkan klik atau hit dari teman seblogger anda.
Berblog secara jujur dan ikhlas maknanya berblog tanpa mengharapkan sama ada rakan blogger yang kita lawat akan melawat blog kita atau tidak.
3 comments:
biasanya tengok shoutmix..buleh terus keep in touch dengan blogger...lepas tu tengok entry menarik..tengok tuto yang menarik...
biasanya tengok entri terbaru, baca dan tinggalkan jejak di shoutmix..
owh ... thank a lot for the comment to both of you - shahdiana + eLLa
Post a Comment