My Dear Friend, If You Want To Receive Very New And Hot Entry, Follow Me Here

Let Me have An Easy Way To Reach You Back

Please Press Once And I'll Press YoursToo

Your IP Address is:

Need Another Language For This Site?

Servise Peti Sejuk & Penyamanan Udara

Exchange Banner With Me?

Gaya View.
Copy and paste this code into your web:

Very Hot Entry You Might Like

Read Popular Malaysia News Paper Daily

Updated Everyday. Just Follow Here:
Popular Malaysia News Paper

Wednesday, October 19, 2011

‘Kenapa Wanita Saja Dipersalahkan’

KUALA LUMPUR: “Di mana kaum lelaki setiap kali kes pembuangan bayi berlaku kerana hanya wanita saja yang dikenakan tindakan sedangkan kedua-duanya menyebabkan kesalahan itu.

“Kita tidak boleh biar perkara ini berlaku sebab kalau tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Lelaki atau wanita yang bertanggungjawab atas pembunuhan kejam ini mesti dihadapkan ke mahkamah,” kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Beliau mengulas mengenai kejadian pembunuhan kejam terhadap seorang bayi perempuan dekat Betong, Sarawak semalam yang dipercayai menjadi mangsa kelar oleh ibunya sebaik dilahirkan di sebuah asrama sekolah di situ.

Pelajar berkenaan yang berusia 16 tahun bertindak mengelar bayinya sehingga mati dan perut terburai dengan pisau pemotong sayur.

Shahrizat berkata, kaum lelaki yang terbabit dengan kerja (pembuangan bayi) itu perlu dihadapkan ke mahkamah serta hukuman setimpal harus dilaksanakan terhadap jenayah yang dilakukan.

“Tindakan harus dikenakan bagi memastikan pembelaan sewajarnya diberikan kepada keluarga terbabit yang terpaksa menanggung tekanan emosi.

“Perkara ini tidak boleh dibiarkan dan saya meminta polis segera menjalankan siasatan mencari bapa kepada anak tidak berdosa itu,” katanya dalam majlis rakaman perutusan sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia di, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN), di sini, semalam.malam.

Kira-kira 70 kanak-kanak dari Taska Permata Timang, Prasekolah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Wilayah Persekutuan dan Taska Sri Cahaya turut diraikan.

Mengulas lanjut, Shahrizat berkata, beliau mahu semua masyarakat mengambil tahu akan kesan daripada perbuatan terbabit kerana jenayah seperti itu amat kejam dan memalukan kaum keluarga terutama ibu bapa.

Sumber: HarianMetro

5 comments:

AYuNG said...

setuju!
sedangkan lelaki yg bertanggungjawab terlepas dr hukuman....

Ummi said...

mmg tak adil kan....

somoon said...

bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi, dan kalau dah jadi apa-apa pun kedua-dua pihak (lelaki & perempuan) mesti bertanggungjawab ... anyaway thank you to AYuNG & Ummi for the comment

sentuhan ajaib pasutri said...

resiko si wanita

somoon said...

Memang benar, risiko kepada wanita ... apa pun jangan mudah terpedaya.

Thank sentuhan ajaib pasturi for the comment.