My Dear Friend, If You Want To Receive Very New And Hot Entry, Follow Me Here

Let Me have An Easy Way To Reach You Back

Please Press Once And I'll Press YoursToo

Your IP Address is:

Need Another Language For This Site?

Servise Peti Sejuk & Penyamanan Udara

Exchange Banner With Me?

Gaya View.
Copy and paste this code into your web:

Very Hot Entry You Might Like

Read Popular Malaysia News Paper Daily

Updated Everyday. Just Follow Here:
Popular Malaysia News Paper

Thursday, September 22, 2011

Apa Maksud Kasih Bagi Anda ...?

Masih banyak orang keliru tentang kasih. Ada yang menterjamah kasih sebagai cinta; keinginan untuk dikasihi dan mengasihi seseorang. Ada juga orang yang memikirkan kasih itu semata-mata untuk memenuhi keinginan bersama-sama dengan orang yang dicintai. Tatapi sebenarnya tidak.

Kasih dan cinta sebenarnya adalah dua perkataan yang mempunyai makna dan erti yang berbeda tetapi harus ada dan selari dalam diri seseorang tak kira wanita mahu pun lelaki. Tanpa kasih seseorang tidak mungkin berupaya melanjutkan kelangsungan hidupnya tanpa berhubungan dengan sesiapa pun dengan harmoni.

Saya amat suka dan menyenangi kutipan ini: "Kasih itu sabar; kasih itu murah hati; ia tidak cemburu. Ia tidak memegahkan diri dan tidak sombong". Apakah erti kutipan ini? Luas sekali. Ia merengkumi hal-hal kehidupan secara perorangan. Tetapi kita lihat, tidak pun disebut sebagai "kasih itu cinta", tidak. Ertinya, kadang-kadang dan sering, ramai orang yang salah anggap mengenai cinta.

Ada yang menafsir apabila seseorang lelaki dan wanita bercinta mereka sedang berkasih? Benarkah demikian? Cinta selalunya didorong oleh keinginan dan kemahuan seseorang untuk mengingini dan memiliki dan adakalanya keinginan dan kemahuan memiliki itu nampak tidak ikhlas. Tepatnya, sebenarnya tidak ada kasih dalam hati nurani seseorang tersebut.

Kasih tidak hanya berkisar kepada perhubungan antara seorang lelaki dan wanita tetapi boleh sahaja antara seorang manusia dengan binatang pilaharaan, misalnya seseorang mengasihi kucing, atau hewan lainya. Ada juga manusia yang mengasihi tumbuhan-tumbuhan pilaharaannya. Dan ini pun tergolong kepada 'kasih'.

Kasih sebenarnya tidak bersyarat. Kasih itu tidak hipokrit. Kasih itu tidak munafik. Kasih tidak memerlukan balasan.

2 comments:

Moha said...

Semoga kasih masih ada dalam sanubari kita untuk saling support dan berbagi dalam kebaikan

Somoon Gomp said...

Thank my friend Moha for the comment.