My Dear Friend, If You Want To Receive Very New And Hot Entry, Follow Me Here

Let Me have An Easy Way To Reach You Back

Please Press Once And I'll Press YoursToo

Your IP Address is:

Need Another Language For This Site?

Servise Peti Sejuk & Penyamanan Udara

Exchange Banner With Me?

Gaya View.
Copy and paste this code into your web:

Very Hot Entry You Might Like

Read Popular Malaysia News Paper Daily

Updated Everyday. Just Follow Here:
Popular Malaysia News Paper

Tuesday, August 9, 2011

Tips Utama Mengelak Dari Diperdaya & Terpedaya

Salah satu media perhubungan masa kini yang cepat dan pantas ialah melalui e-mail selain kaedah perhubungan konvensional yang lain misalnya telefon, surat, dan sebagainya.. 

Di seluruh dunia manusia  sudah lama menggunakan alat komunikasi melalui e-mail ini dengan rancak sekali. Maksud dan matlamat berhubung dapat disampaikan hanya dalam beberapa detik sahaja. Bukan sahaja text yang mampu dilihat dan diterima oleh penerima e-mail, malah grafik atau gambar beserta audio dan videonya sekali boleh di 'ganggam' sekali. Huh, memang benar-benar maju dan canggih.

Dengan kecanggihan yang sedang memuncak dan rancak inilah ada ramai individu yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan bukan dengan cara yang halal dan baik tetapi dengan satu cara penipuan yang nampaknya terselindung dan seakan tidak disedari oleh pengguna-pengguna khidmat e-mail di seluruh dunia.

Pernah tak anda menerima e-mail yang kononnya anda menang atau terpilih dalam sesuatu cabutan bertuah dan hadiannya bukan sedikit malah puluhan juta pound? Untuk mendapatkan hadiah yang telah disediakan anda hanya mengirim data peribadi anda yang lengkap beserta alamat, no. akaun bank dan item-item yang berkaitan bagi tujuan memasukkan wang yang anda menangi itu. Wah, begitu senang!

Apa pun selepas anda mengirim butiran yang dikehendaki, pengirim asal e-mail tersebut akan menyatakan bahawa anda perlu menjelaskan sedikit jumlah yuran, caj atau fee. Mereka akan menyatakan bahawa bayaran-bayaran tersebut tidak boleh ditolak dari hadiah yang bakal anda terima kerana itu melanggar peraturan syarikat. Waduh. Mereka menyatakan itu dengan penuh teliti dan cermat sekali sehingga ia seperti kebenaran yang mutlak. Inilah yang sering menyebabkan kebanyakan penerima e-mail serupa ini akan terpedaya dan langsung membayar apa sahaja bentuk caj yang diminta. Apa tidaknya, dengan hanya membayar beberapa ratus USD gantinya akan menerima jutaan USD. Benar-benar menggamparkan!

Tapi awas. Semua bentuk, jenis, format, isi-kandungan, dan maksud e-mail tersebut adalah penipuan. Ada antara e-mail yang saya sendiri terima amat menguja dan menyatakan kesedihan, kesangsaraan, dan penderitaan penulis dan penghantarnya. Apa tidak, ada yang menmyatakan bahawa pengirim baru sahaja kematian ahli saudara dan dia perlukan seseorang untuk sama-sama menggunakan wang yang amat banyak, lazimnya berjuta-juta!

Ini adalah peraturan asas apabila anda menerima e-mail seumpama ini. Jangan terus terpedaya. Tanya diri anda beberapa soalan seperti berikut:

1. Dari siapa pengirim e-mail tersebut?
2. Apa maksud e-mail itu?
3. Adakah apa-apa butiran berkaitan kewangan?
4. Adakah e-mail tersebut menjelaskan mengenai sesuatu tawaran kewangan?
5. Adakah e-mail tersebut memberitahu mengenai sesuatu kemenangan yang lumayan?
6. Adakah pengirim e-mail menghendaki no. akaun dan nama bank anda?
7. Pernah tak anda mendengar/membaca/melihat mengenai perkara yang diperkatakan?


Nampaknya, ada ramai orang diluar sana yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan cara memperdaya orang lain. Jangan biarkan perkara ini berlaku kepada sesiapa pun. Beritahu rakan-rakan anda, sahabat-sahabat anda, ahli keluarga anda dan sesiapa pun yang anda peduli mengenai hal ini. Jangan biarkan penjenayah internet khususnya pengirim-pengirim e-mail tipuan ini menerima untung atas sedikit kecuaian dari pengguna-pengguna khidmat e-mail.

Sebagai penghargaan anda kerana sudi menatap catatan "Tip Utama Mengelak Dari Diperdaya & Terpedaya", saya sediakan himpunan hampir 200 e-mail yang saya sendiri terima. Semuanya menawarkan jutaan USD, POUND dan EURO!

Anda boleh muaturun himpunan tersebut dalam bentuk e-book di laman web ini tanpa sebarang bayaran. Percuma.