My Dear Friend, If You Want To Receive Very New And Hot Entry, Follow Me Here

Let Me have An Easy Way To Reach You Back

Please Press Once And I'll Press YoursToo

Your IP Address is:

Need Another Language For This Site?

Servise Peti Sejuk & Penyamanan Udara

Exchange Banner With Me?

Gaya View.
Copy and paste this code into your web:

Very Hot Entry You Might Like

Read Popular Malaysia News Paper Daily

Updated Everyday. Just Follow Here:
Popular Malaysia News Paper

Friday, August 12, 2011

Lubuk Seni Jesselton

Tiang-tiang megah yang tak runtuh dek zaman. Jika diteliti dengan pengamatan yang mendalam, saya benar-benar terpesona. Jangan fikir catan dan koral yang diperturunkan tidak membawa apa-apa perbedaan. Setuju atau tidak anda akan melihat bahawa corak-corak bebas berupa imej manusia, dan letupan abstrak seakan-akan menghidupkan suasana kaku yang menyelubungi tiang-tiang dan lantai yang terbiar sekian lama.

Saya akur pelukis yang mengabadikan karya mereka pada lantai dan tinggalan tiang-tiang itu membuatkan saya terpinga-pinga dengan seribu satu macam pertanyaan. Siapa pelukis itu, dari mana mereka datang, apa motif mereka merakamkan gerak bebas minda dan tangan mereka? Nampaknya, pada saya, saya mengagumi mereka. Krativiti mereka luar biasa. Mungkin orang lain tidak menyedari akan kehadiran lukisan-lukisan yang ada di tiang-tiang tersebut. Atau mungkin ramai yang menyedarinya tetapi terlalu ramai yang tidak ambil peduli?

Apa yang saya mahu coretkan di sini ialah, lukisan-lukisan yang ada nampaknya menambahkan lagi 'sentimental value' kepada persekitaran tersebut khususnya pada puing-puing bangunan yang seakan dirobohkan beberapa dekad lalu tetapi tidak mampu diranapkan.

Secara peribadi saya berpendapat bahawa lokasi dan tempat 'artistik' ini dikekalkan dan kalau boleh biarlah ruang dimana luahan minda pelukis tersebut dijagai dengan lebih rapih lagi. Saya benar-benar merasa 'nyaman' melihat beraneka corak yang menampakkan suasana kreativiti jitu tanpa adanya sifat-sifat propaganda atau kelucahan.

Luahan peribadi saya kepada pihak MPKK, mohon cari cara agar tempat 'terpencil' namun 'indah' ini agar suatu hari nanti ia mampu merakamkan kenangan mampan buat para pengunjung Bandaraya Kota Kinabalu sama ada yang datang dari dalam mahu pun dari luar negeri.

Untuk itu saya kongsikan beberapa gambar yang pada saya benar-benar menggamit rasa semasa berada di lokasi yang saya maksudkan ...



No comments: