My Dear Friend, If You Want To Receive Very New And Hot Entry, Follow Me Here

Let Me have An Easy Way To Reach You Back

Please Press Once And I'll Press YoursToo

Your IP Address is:

Need Another Language For This Site?

Servise Peti Sejuk & Penyamanan Udara

Exchange Banner With Me?

Gaya View.
Copy and paste this code into your web:

Very Hot Entry You Might Like

Read Popular Malaysia News Paper Daily

Updated Everyday. Just Follow Here:
Popular Malaysia News Paper

Wednesday, August 17, 2011

Ramai Lelaki Dibunuh Senyap Dengan Cara Ini

Penderitaan diri disebabkan oleh kesakitan dan penyakit memang lumrah dialami olehi sesiapa sahaja tak mengira kaum dan bangsa, lelaki atau wanita, tua atau muda. Ada berbagai jenis penyakit yang akan menyerang seseorang dan dengan cepat meragut nyawa. Namun ada juga penyakit yang menyerang secara diam-diam dan mengambil masa yang lama dan mungkin terlalu lama sehingga bertahun-tahun sebelum seseorang menghembuskan nafas terakhirnya.

Tidak ramai manusia yang sedar akan kehadiran sel abnormal dalam anggota fizikal mereka sehinggalah tubuh badan mereka mengalami kesakitan yang sudah agak melampau. Mahu atau tidak, apabila keadaan sudah sampai ke tahap ini, segala jenis perawatan dan perubatan harus mereka hadapi dan jalani.

Bagi lelaki, penyakit barah adalah pembunuh senyap kedua selepas penyakit jantung. Kepada para lelaki, jangan fikir anda tidak akan diserang oleh penyakit barah. Ada banyak anggota tubuh badan lelaki yang sering menjadi 'pelabuhan' kepada penyakit barah ini misalnya usus, payu dara, rongga pernafasan, mulut, darah dan sebagainya.

Tidak ramai lelaki yang menyedari akan kehadiran penyakit barah pada anggota tubuh badan mereka apa lagi kalau anggota itu tidak dapat dilihat dari luar atau dengan mata kasar. Begitu jugalah halnya dengan penyakit barah prostat.

Sebenarnya prostat adalah kelenjar eksokrin pada sistem reproduksi binatang menyusui jantan. Fungsi utamanya adalah untuk mengeluarkan dan menyimpan sejenis cairan yang menjadi dua pertiga bagian dari air mani. Prostat berbeda-beda dari satu spesies ke spesies lainnya dalam hal anatomi, kimia dan fisiologi.

Masalah prostst yang paling banyak dihadapi ialah prostst membengkak. Ia berlaku kepada lelaki yang berusia awal lima puluhan dan keatas. 

Apabila usia lelaki semakin meningkat, kelenjar prostat akan membesar dan kejadian ini adalah proses yang sememangnya normal. Akan tetapi, apabila kelenjar ini membengkak dan membesar sehingga menyempit saluran kencing serta menyebabkan kesukaran dalam pembuangan air kecil, ia adalah tanda-tanda bahawa seseorang menghidapi penyakit barah prostat.

Simptom lelaki yang menghidap barah prostat ialah kederasan aliran kencing menjadi perlahan dan sukar hingga akhirnya hanya mengeluarkan setitis demi setitis sahaja air kecil ketika membuang air. Mangsa juga sering berasa tidak tahan, tidak puas dan terasa hendak terkencing ketika itu juga dan kerap terutamanya pada waktu dan tengah malam.   

Antara faktor lelaki tidak mendapat bantuan awal ialah mereka menganggap bahawa simptom itu sebagai peraka biasa sahaja apabila usia meningkat, keberatan untuk berbincang mengenainya dengan pakar perubatan, bimbang berasa diri bodoh dan malu. Mereka juga tidak suka pemeriksaan kawasan sulit, bimbang pada pengesanan awal barah, dan berasa sukar untuk datang selalu berjumpa dengan doktor.Gejala tersebut boleh menyebabkan penyakit lain seperti kewujudan batu karang.

Apabila usia seseorang lelaki semakin meningkat, mereka perlulah mencegah atay melengahkan serangan penyakit ini dengan menjalani pemeriksaan, mendapatkan rawatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Soal menjaga kesihatan diri nampak mudah, tetapi ramai lelaki yang tidak mematuhi peraturan asas amalan kesihatan atau gaya hidup sihat seperti pengambilan makanan seimbang, menjauhkan diri daripada tekanan dan kerap bersenam.

6 comments:

Somoon said...

Kepada sahabat-sahabat yang sejantina dengan saya, ambil tindakan awal untuk elak dibunuh oleh pembunuh senyap no.2 ni.

ismanpunggul said...

Post yang bagus dan bermanfaat, tapi serammmmmm...memang perlu mengambil tindakan sedini mungkin. Terima kasih telah berbagi..

cwiter said...

ternyata penyakit juga mengikuti jaman,, wah jdi tkut,, :S
ada pencegahan atau cara mengobati klo sudah terkena gag ya?? n gejalanya gmn?? mkasih..

http://cwiter.blogspot.com

faizfakhirin said...

Good Info...hohoo...kena berjaga-jaga nih..

Pengobatan herbal asma said...

makasih infonya lurr..

Obat Kencing manis said...

informasi yang menarik..makasih