My Dear Friend, If You Want To Receive Very New And Hot Entry, Follow Me Here

Let Me have An Easy Way To Reach You Back

Please Press Once And I'll Press YoursToo

Your IP Address is:

Need Another Language For This Site?

Servise Peti Sejuk & Penyamanan Udara

Exchange Banner With Me?

Gaya View.
Copy and paste this code into your web:

Very Hot Entry You Might Like

Read Popular Malaysia News Paper Daily

Updated Everyday. Just Follow Here:
Popular Malaysia News Paper

Monday, August 22, 2011

Haiwan Pembunuh Manusia

Kenapa manusia terbunuh oleh haiwan yang lebih kecil tanpa menggunakan sebarang senjata canggih? Benarkah kecuaian itu adalah penyebab utama yang mengakibatkan manusia mengalami kematian kerana binatang mahu  pun serangga. Jika benarlah manusia itu berakal dan mampu menguasai dan menundukkan sebarang jenis haiwan, kenapa dizaman teknologi serba maju dan canggih ini masih ada ramai manusia yang menemui maut dan ajal hanya kerana sengatan dan patukan binatang-binatang yang nampaknya lebih kecil dan tidak berkemampuan berbanding manusia itu sendiri?

Apa pun alasan yang hendak dikemukakan, faktanya ramai manusia yang mati sama ada secara perlahan-lahan selepas dipatuk atau disengat oleh haiwan-haiwan tertentu mahu pun mati dengan serta merta! Elok kalau kita sama-sama melihat beberapa haiwan dan binatang serta serangga yang mampu membunuh manusia dalam beberapa minit.

Ramai orang yang takjub malah ada yang melihat ular khususnya ular tedung (cobra) sebagai haiwan yang suci dan patut dipuja. Tetapi hanya sedikit yang sedar benar akan keberbisaan ular tersebut sekiranya dipatuk.

Jika orang yang dipatuk oleh ular tedung ini tidak dirawat dengan segara, manusia akan menemui ajal kurang dari 10 minit. Kesakitan yang tidak tertahan akibat bisa ularnya akan menyebabkan otot mengalami kekejangan terutamannya otot jantung mengakibatkan kesukaran dalam fungsinya.

Jika anda tergolong peminat ular tedung dan ular tersebut anda fikir sudah cukup jinak, jangan fikir ular itu tidak lagi mampu mengeluarkan bisanya jika berpeluang mematuk anda. Sedangkan semburan air liurnya  sahaja sudah cukup memeritkan terutamanya jika semburan itu mengenai mata anda. Awas Ular Tedung.
Dengan lagak yang agak lemah lembut ketika berada di dalam lautan, jangan anggap obor-obor boleh dibuai dan dijamah seperti bunga kuntum pagi. Bidadari laut ini mampu membunuh dalam sekelip mata. Rambut dan ekornya yang hampir tidak dapat dilihat dengan mata kasar sementara berada di dasar lautan, sebenarnya ibarat mata piasu yang paling tajam. Mampu menggores sehingga ke tulang putih.

Ada banyak kes bilamana manusia sedang bercanda dan bersukaria di tepian pantai, tiba-tiba meraung dan merintih kesakitan hanya kerana sapuan ekor lembut obor-obor ini. Jika anda penik dan terkaku pada ketika itu, alamatnya mangsa akan menemui ajal sekejap waktu saja. Apa pun jika anda ada sedikit persediaan, jangan penik. Penawar yang paling mudah dan senang ialah menyapu air masam khususnya limau pada tempat yang terkena rambut obor-obor tadi. Cara ini akan 'mematikan' bisa-bisa tersebut. Mangsa akan terselamat.

Walaupun haiwan ini dalam ketagori ikan dan boleh dibuat gulai dengan berankea resipi (kepada yang suka makan ikan jenis ini), namun jangan keliru dan cuai kerana ikan ini mampu membunuh. 

Tubuh badan ikan ini memang lemah dan lembut, tanpa kaki dan tangan malah mulutnya amat mungil dan tidak menampakkan sedikit pun ada kekejaman pada rupa bentuknya. namun tahukah anda ikan ini adalah salah satu jenis ikan malah haiwan yang paling berbahaya di muka bumi ini? Dimanakah letaknya kekuatan ikan ini?

Sengatnya yang berbisa tidak lain hanya dihujung ekornya sahaja. Dan awas kerana jika ikan ini dikejutkan, ia mampu melibas ekornya. Walau pun libasan ekornya tidaklah sekuat mana namun jika anda terkena sengat yang ada pada hujung ekornya, anda perlulah bersedia untuk menantikan saat-saat getir anda. So, berhati-hati dengan ikan lembut tapi berbahaya ini ...

Ramai orang menganggap serangga ini cantik dan sesuai dijadikan sebagai koleksi keseranggaan namun tidak ramai yang tahu dan menyedari akan bahaya yang mampu ia lakukan kepada mnausia.

Walau pun sengatannya tidak mampu membunuh dengan serta merta tetapi serangga ini masih mampu menyebabkan kesakitan yang amat perit sekali. 

Kalajengking akan mengeluarkan sengatnya melalui ekor dan bagi orang yang mempunyai ketahanan tubuh badan yang tidak utuh, sengatan kalajengking mampu membunuh.


Bagi saya, banyak-banyak binatang berbisa, lipanlah yang paling menggerunkan. Kenapa? Suatua ketika dulu sewaktu kanak-kanak dalam usia 6 atau 7 tahun saya pernah kena sengat oleh lipan. Sakit bukan kepalang. Saya meraung dan menjerit-jerit kesakitan.

Saya masih ingat, ibu dengan cepat mencari ketam di anak sungai yang berdekatan. Dia ambil anak ketam tersebut dan kemudian diketuknya hingga lumat. Apa yang saya ingat, ibu tampal dan ikatkan lumatan anak ketam tersebut pada tempat sengatan lipan.


Sehingga kehari ini saya masih trauma dengan kejadian tersebut. Mujulah saya tak mati. Apa pun sebenarnya, sengata lipan tidak lah membunuh cuma saja kesakitan yang bukan kepalang rasanya akan dinikmati. Awas serangga ini, jika terganggu ia boleh berlari dengan cepat dan akan menyelinap disebalik semak.

Tabuan atau penyengat tidaklah mampu membunuh manusia jika hanya seekor dua yang menyengat anda. Namun jika anda dikerumuni sekumpulan tabuan, jangankan manusia, seekor kerbau tua pun mampu ditumbangkan oleh tabuan.

Jika anda berkesempatan merayau-rayu di semak belukar jangan sengaja menganggu serang tabuan. Mereka akan mengesan kemana anda berlari. Tabun boleh terbang lebih laju dari anda. Kecuali anda menemui sungai keselamatan, jangan harap anda akan terlepas dari intaian tabuan-tabuan ini.

Apa pun, tabuan tidak akan menyerang sembarangan tanpa sebab. Awasi pergerakan anda apabila mendekati sarang keluarga tabuan. jangan sama sekali menjolok sarangnya. Tabuan akan marah, dia akan balas perbuatan anda. 

Sebagai iktibar bersama, ada banyak kes dimana sekumpulan tabuan menyerang keluarga dan menyebabkan ahli keluarga kesakitan melampau akibat sengatan. Ada juga kes berlakunya kematian akibat sengatan.

Berhati-hati bila anda berdepan dengan apa juga jenis haiwan, binatang, atau serangga. Mungkin mereka mampu memudaratkan nyawa anda.