Baca sekali lagi topik saya kali ini. Dah dapat maksudnya? Baiklah ... terima kasih kerana anda faham. Saya bukan sengaja memancing anda. Tidak. Saya bukan ahli silap mata. Saya bukan pakar IM. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya suka menulis. Menulis. Dengan menulis saya rasa saya tenang. Saya rasa saya lepas dari tekanan ... wahahaaa ...
Fikirkan baik-baik. Tanpa wang, tanpa duit, mampukah anda bergerak, mampukah anda bertindak, mampukah anda ...? Saya fikir semuanya memerlukan wang. Tandas, duduk, jalan, baca, lihat, makan, ... apa-apa pun mesti pakai duit!
Jangan hairan kalau adanya perompak, adanya pencuri, adanya penipu, adanya pemalsuan, dan adanya 'dendam' hanya kerana perlukan wang. Satu bukti nyata: wang diperlukan untuk terus hidup. Jangan kiralah di mana anda berada. Di kampung, di desa, di pinggir kota, di kota kecil, di kota besar, di kota metropolitan, dan di bandaraya besar, semuanya perlukan wang.
Tanpa wang segala-galanya seolah-olah terhenti. Tindakan terhenti. Rancangan terhenti. Projek terhenti. Cita-cita terhenti. Angan-angan terhenti. Yang paling sedih, keperluan asas seakan tidak terpenuhi.
Inilah kuasa wang. Siapa fikir duit tidak penting. Siapa fikir wang boleh diketepikan. Siapa fikir anda boleh hidup tanpa pulus ...? The Power Of Money sedang bertindak di mana-mana. Di minda. Di rumah. Di jalanraya. Di kedai. Di stesen minyak. Di restoran. Di mall. Di hyper market. Di mini market. Dan di mana-mana ..
Bertindaklah mulai saat ini. Jangan biarkan kuasa wang ini memudaratkan hidup anda, hidup keluarga anda, dan hidup genarasi anda. Berkuasalah atas wang dan wang tidak akan mengawal anda ...
No comments:
Post a Comment