Lihatlah kepada burung-burung. Masing-masing dengan keluarganya sendiri. Anak-anak yang baru menetas dari telur kelihatan berharap sepenuhnya dari kedua induk mereka. Ternyata keperluan hari-hari esok yang menjelang tiba pasti akan dipenuhi. Bukan dengan kemewahan, bukan dengan timbunan wang, bukan dengan rumah banglo yang terseragam indah, bukan dengan makanan yang enak-enak, dan bukan juga dengan alatan canggih yang terkini.
Cukuplah dengan kehadiran penjaga yang prihatin, dan keakraban yang melimpah dengan kasih sayang.
Indung beserta anak-anak pasti masih terus riang dan gembira melalui hari-hari yang penuh dengan kesuraman, dan kekalaman akibat tindakan-tindakan ganas persekitaran misalnya bencana, hujan, ribut, mahu pun perlakuan tidak prikemanusiaan manusia.
Bagaimana dengan manusia? Keluarga manusia seharusnya jauh lebih harmoni berbanding dengan keluarga burung-burung. Namun keadaan ini tidak selamanya indah. Ada keluarga yang bercelaru. Pertelingkahan yang tak terkawal antara si suami dengan si isteri. Anak-anak menjadi mangsa. Kenapa dan mengapakah ini terjadi.
Jika alasan kerana 'saya insan yang lemah, tidak terkecuali dari melakukan kesilapan', bukanlah alasan yang cukup kukuh. Carilah alasan apa pun, anda boleh menemuinya di mana-mana, tetapi alasan yang sejati pasti tidak akan anda temui.
Sayangilah keluarga anda hari ini juga.
Dapatkan e-book "42 TIP HIDUP HARMONI" dan anda akan melihat betapa, untuk mengharungi hidup agar sentiasa harmoni bersama keluarga yang dikasihi tidaklah sesukar seperti yang anda jangkakan.
Muaturun hanya di: sini

No comments:
Post a Comment