My Dear Friend, If You Want To Receive Very New And Hot Entry, Follow Me Here

Let Me have An Easy Way To Reach You Back

Please Press Once And I'll Press YoursToo

Your IP Address is:

Need Another Language For This Site?

Servise Peti Sejuk & Penyamanan Udara

Exchange Banner With Me?

Gaya View.
Copy and paste this code into your web:

Very Hot Entry You Might Like

Read Popular Malaysia News Paper Daily

Updated Everyday. Just Follow Here:
Popular Malaysia News Paper

Wednesday, February 3, 2016

Ujian Dara Kepada Gadis



Saya bersetuju bahawa semua wanita atau perempuan tidak senang apabila memperkatakan tentang keperawanan. Sama ada yang belum atau sudah berkhawin. Khususnya jika ia melibatkan pemeriksaan. Apa lagi jika si gadis belum pernah bernikah tetapi sudah tidak perawan lagi. Sama ada kehilangan keperawanan itu berlaku atas kerelaan sendiri atau dengan cara paksa misalnya akibat diperkosa. Walaubagaimana pun menurut pakar sakit pun, selaput dara yang terdiri dari lapisan yang sangat nipis itu akan hilang dengan sendirinya akibat kegiatan harian misalnya bersukan, beriadah dan lain-lain seumpamanya.

Kepercayaan agama sudah tentu menjadi wadah pertama dan terutama yang mengharuskan seseorang gadis tidak hilang perawan khsusunya mengenai ‘telah melakukan zinah’ atau melakukan hubungan seksual diluar nikah sama ada hanya sekali sahaja atau beberapa kali. Ini adalah dosa.

Tetapi tahukah anda bahawa ada segelintir manusia yang masih menuntut keperawanan seseorang gadis khususnya untuk menentukan yang dia benar-benar masih dara apabila berhadapan saat-saat mendirikan rumah tangga?

Di Afrika, ada kaum yang masih mengamalkan pemeriksaan dara dan lapisan keperawanan seorang gadis menjelang mereka mahu mendirikan rumah tangga. Tujuannya ialah untuk menentukan nilai hantaran. Jika gadis itu masih dara maknanya hantaran jauh lebih tinggi berbanding perempuan yang tidak ada dara lagi. Soalnya, adakah juga si lelaki tidak terkecuali dari pemeriksaan keperawanan ini? Mereka juga wajib! Ya kan?

Ikuti kronologi pemeriksaan dara gadis-gadis ini ...

Pada hari yang ditentukan, ratusan malah ribuan gadis-gadis akan berbaris menunggu giliran untuk memeriksa keperawanan mereka. Mereka dikehendaki hanya memakai skirt singkat untuk menyenangkan pemeriksaan.


Seorang demi seorang gadis-gadis ini perlu berbaring di atas alas tikar dan seoarng wanita 'pakar' akan memeriksan keperawanan mereka.


Pemeriksaan akan dilakukan di khalayak ramai (aduh... alangkah baik jika pemeriksaan ini dilakukan di bilik tertutup).


Pemeriksaan melibatkan pengujian sama ada seseorang gadis itu masih dara atau sebaliknya melalui pemerhatian serta dengan kaedah apa yang dikenali sebagai "two fingers test" atau ujian dua jari dimana pemeriksa akan memasukkan dua jari ke faraj gadis berkenaan.


Gadis yang lulus ujian ini akan diberi tanda celit warna putih di dahi mereka. Bermakna gadis yang ada warna putih di dahi mereka adalah perempuan yang masih gadis dan keperawanan mereka belum terusik.


Kemuncak kepada pemeriksaan tersebut ialah wanita-wanita yang masih perawan dan lapisan dara masih tidak terusik akan menerima sijil yang mengesahkan bahawa mereka masih perawan.


Pembaca yang budiman, pemeriksaan seumpama ini mungkin dilihat sebagai ketinggalan zaman, kontrovesi dan tidak beretika oleh kebanyakan daripada kita tetapi ada juga kebaikannya dari segi kesucian pada gadis. 

Sekurang-kurang melalui pemeriksaan ini memperlihatkan seseorang gadis tidak sewenang-wenang membiarkan diri mereka hanyut dalam alam keseronokan semata-mata serta tidak dipergunakan kaum lelaki hanya untuk memuaskan nafsu semata-mata.

No comments: