My Dear Friend, If You Want To Receive Very New And Hot Entry, Follow Me Here

Let Me have An Easy Way To Reach You Back

Please Press Once And I'll Press YoursToo

Your IP Address is:

Need Another Language For This Site?

Servise Peti Sejuk & Penyamanan Udara

Exchange Banner With Me?

Gaya View.
Copy and paste this code into your web:

Very Hot Entry You Might Like

Read Popular Malaysia News Paper Daily

Updated Everyday. Just Follow Here:
Popular Malaysia News Paper

Tuesday, June 9, 2015

Sabah Dilanda Gempa Bumi (Sabah Earth Quake)


Goncangan Hebat

Sebab bangsa akan bangkit melawan bangsa, dan kerajaan melawan kerajaan. Akan ada kelaparan dan gempa bumi di berbagai tempat. (Matius 24:7)

Ramai orang kata dunia semakin maju dan kita pun turut serta merasai kecanggihan teknologi masa kini. Peralatan dan apa sahaja kelengkapan yang digunakan untuk mengesan pergerakan segala sesuatu yang ada di permukaan bumi ini nampaknya mampu sahaja mengatasi akal manusiawi kita. Setiap saat ada sahaja radas terbaru yang dicipta. Persoalannya ialah apakah dunia ini semakin maju? Apakah teknologi yang manusia cipta mampu membantu penghuni bumi ini khususnya kepada kita, manusia ini sendiri? Apakah kehidupan kita semakin hari semakin meyakinkan? Apakah penamuan-penamuan terbaru itu membahagiakan manusia? Apakah ciptaan-ciptaan terkini manusia itu benar-benar mampu menghindarkan kita dari ketidak-tentuan?

Setiap kejadian itu terjadi bukannya secara kebetulan. Ia berlaku ada sebabnya. Sekurang-kurangnya ada satu sebab. Ketika saya membaca ayat inti kita pada hari ini, suatu perkara telah berlaku. Saya tidak pernah merasainya sebelum ini. Saya berada di pejabat tempat kerja saya. Saya fikir saya salah duduk. Kemudian saya goyang-goyangkan kerusi tempat saya duduk. Benar-benar bergoyang. Goyangan itu luar biasa sekali. Ia berterusan beberapa tempoh. Saya agak hairan. Seakan saya pening dan mahu pitam. Saya fikir saya sakit. Saya lihat keluar tingkap menghadap ruangan bengkel latihan para pelatih, nampaknya lampu pancar yang tergantung berayun ke kiri dan ke kanan. “Hebat!” Hati saya berdetak. Suara hati saya mulai keliru. Besi gelagar yang ada di atas bumbung kedengaran berbunyi seakan bergesel. “Gempa!” Itulah satu-satunya suara yang saya dapat bicarakan ketika itu dan dengan serta merta terus turun ke bawah. Rupa-rupanya kejadian itu bukan saya seorang sahaja yang merasainya.

Jam 7.25 pagi saya menghubungi isteri saya yang berada di Penampang. “Bangunan bergoyang, semua orang keluar, saya lupa telefon saya di bilik. Baru saya ambil.” Sahutnya agak keliru. Sekitar 7.40 pagi, saya telefon anak saya yang belajar di Papar. Dia juga ada cerita yang sama. Hampir jam 8.00 pagi kebanyakan pelajar saya sudah berada di bengkel. Mereka juga mempunyai pengalaman yang serupa. 8.20 pagi saya menghubungi kakak saya yang berada di Kota Marudu. “Kami baru habis sembahyang kebaktian pagi apabila kami rasai rumah dan lantai bergegar. Syukurlah Tuhan masih terus mengasihi dan melindungi kita semua.” Pesanan ringkasnya melalui telefon bimbit.

Pagi ini pagi hari Jumaat, 5 Jun 2015, kejadian berlaku mulai sekitar 7.15 dan berlanjutan untuk beberapa tempoh. Saya baru sahaja mahu memulai penulisan buku “Yesus Peduli” ini. Mulanya saya mahu menyiapkan tajuk “Bebahagia Jika Kita Dicobai” renungan yang ke 95. Tajuk ini sudah lama saya tulis, cuma sahaja isinya belum lengkap. Tetapi apabila saya rasai kejadian ganjil pagi ini, saya terus ke tajuk “Goncangan Hebat”, renungan ke 98, renungan yang sedang anda baca sekarang.

Saudara-saudari yang dikasihi dalam Tuhan Yesus Kristus, nampaknya kejadian gempa bumi semakin kerap berlaku di serata permukaan bumi ini. Teknologi canggih ciptaan manusia tidak mampu membantu kita. Malah semakin maju sesuatu teknologi itu, semakin banyak penderitaan manusia. Kebergantungan kepada sistem teknologi yang manusia anggap terkini dan termaju, nampaknya sangat rapuh dan tidak ada jaminan. Gempa bumi pertama kali tercatat di Perjanjian Lama dalam kitab Yehezkiel 38:19, 20. Amaran Yesus Kristus mengenai gempa bumi sebagai antara tanda kedatangan kedua kali-Nya dalam Matius 24:7, sepatutnya memberikan kita kegembiraan. Kegembiraan kerana kita tahu kedatangan Tuhan kita sudah semakin dekat berbanding kelmarin. Mesejnya ialah, “bertobatlah sebelum terlambat”.