Sedar tak sedar rupa-rupanya kita sudah berada dipenghujung tahun 2014. Tinggal beberapa jam saja lagi telapak kaki kita berpijak ditahun ini. Mahu tak mahu kita terpaksa melambaikan tangan tanda ucapan 'sayonara' kepada tahun yang mungkin merupakan tahun paling mencabar bagi sesetengah orang atau mungkin juga menjadi tahun paling ceria bagi segelintir manusia atau mungkin juga menjadi tahun paling menggerunkan bagi sebahagian orang.
Bagi saya ... ermmm ... biasa lah sebab hidup ini merupakan sebuah perjuangan. Jangan fikir sekelumit bahagia yang dikecapi ditahun ini menjadi tanda ukur untuk bahagia seluruhnya. Tidak. Kadang-kala sembilu penderitaan dan kesukaran sentiasa muncul dan perlu untuk menyedarkan kealpaan jiwa raga ini. Kesakitan yang terbit mungkn menjadi pemangkin minda agar lebih tabah. Haa ... siapa tahu.
Bukan bermakna kita tidak bersyukur dan berterima kasih kepada Yang Maha Kuasa atas rahmat dan berkat yang dikecapi. Jangan juga menyalahkan-Nya jika kita merasai sedikit putus-asa atau kecewa. Sebenarnya itu bukanlah 'mainan' hidup semata-mata. Itu adalah apa makna kehidupan itu sendiri. Ingatlah Tuhan Yang Maha Kasih tidak pernah menginginkan sesuatu yang buruk dan busuk menimpa umat manusia. Kecuali manusia itu sengaja 'menempah maut' walaupun sudah tahu bahawa yang 'ditempahnya itu adalah maut'.
Fikirkan jika di antara deretan gigi cantik putih salju, ada juga terselit sebatang gigi yang sentiasa mengundang derita dan anda mahu musnahkan gigi itu kerana sakitnya ngeri dan mendashyatkan.
Sementara anda bernafas dan terus bernafas seiring dengan detik-detik kearah pengakhiran 2014, fikirkan keadaan dan sitausi mereka yang mengalami musibah tanpa diundang saat ini. Panjatkan doa kepada Tuhan Yang Maha Agung untuk mereka. Siapa tahu Tuhan mahu menjadikan musibah itu sebagai iktibar dan pedoman kepada setiap manusia khusuanya dan semua makhluk ciptaan-Nya secara am.
Selamat Tahun Baru 2015.
My Dear Friend, If You Want To Receive Very New And Hot Entry, Follow Me Here
Let Me have An Easy Way To Reach You Back
My Friend Link And Banner
Please Press Once And I'll Press YoursToo
Your IP Address is:
Need Another Language For This Site?
Very Hot Entry You Might Like
Read Popular Malaysia News Paper Daily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Nice, Thanks :D
Thanks :D
Cara Menurunkan Alexa rank
Post a Comment