Ketukan demi ketukan di atas
keyboard yang agak usang mengundang
satu keinginan yang akhirnya memuncak menjadi
nadi untuk terus 'bernafas' di dunia blogging. Itu adalah
nostalgia masa silam aku lebih kurang dua tahun yang lalu.
Tak ku sangka berblog rupanya menjadi alur indah yang tak berpenghujung
demi menyalurkan keinginan insani untuk terus 'berkarya' walaupun
langkah agak sumbang. Tak peduli apa orang lain kata, yang
menjadi keutamaan ialah luhurnya keinginan di sanubari
ini. Walhal adakalanya orakan kemahuan kadang
kala 'mahu' padam dek ketersibukan setiap
detik. "Aku Ada Kamu" menjadi
penjana dan pemacu
keinginan seperti
semula.
"Aku Ada Kamu"
Andalah yang menjadi penyeri blog
kesayangan hati ini: Keluarga Harmoni dan
"Aku Hanya Ada Kamu" demi dunia blog, aku harap
anda tetap bersama selagi khudrat ini dikandung badan ........
Sehingga pada hari ini "Aku Ada Kamu"
seramai 547 orang. Siapalah aku tanpa kamu ...
7 comments:
wow..touching
tahniah. followers ramai
kalo komen baca dulu isinya bro.
dah ramai kawan2 ea somoon :) Tahniah.. aida sokong somoon dalam dunia blog ini.. moga somoon makin maju bersama blog tersayang ini :)
salam kenal aja dan selamat menunaikan ibadah puasa,,,,,,,,,,,
sama seperti StellaClaire-Richard said...
salam kenal bang bro :D
nice post,,,,,,,,,,,
Post a Comment