"Aku sedikit terkilan. Tak ... aku tidak kecewa, cuma terkilan." Pengakuan jujur yang terbit dari jiwa dan emosi suatu 'objek' yang mahu tidak mahu terpaksa menerima hakikat bahawa dirinya sering tersisih, sering diabaikan, dan hampir-hampir kehadirannya tidak lagi disedari.
Benarkan apa yang sedang dialamainya itu? Benarkah dirinya semakin diketepikan? Benarkah khidmatnya tidak lagi diperdulikan? Benarkah dirinya tidak ada lagi 'sentimental value'?
Aku terfikir-fikir kembali sejak aku mula menduduki bangku sebuah bilik persekolahan yang agak uzur. Maklumlah kedudukannya terletak jauh di pedalaman. Jalan raya yang ada pun hanya dilapisi kelikir tajam bak sembilu memagut telapak kaki yang tidak dibaluti apa pun, terutamanya satu perkara yang dikenali sebagai 'kasut sekolah' pada hari ini. Maklumlah kehidupan ayah dan ibu memang terketagori dalam senarai 'miskin'.
Pun begitu 'benda' yang satu ini aku tidak pernah menyisihkanya. Melaluinyalah aku dapat meluahkan segala-galanya apa yang terpahat dan terbuklu jauh di lubuk hati ini: mengejar cita-cita! Aduh ...
'Benda' ini memang menjengkelkan dan adakalanya menggeramkan. Kadang kala aku terpaksa memggunakan air liur yang ditenyeh menggunakan hujung jari kemudian cuba memadamkan setiap kesilapan yang tertulis di atas kertas dengan cara menggosokkan patah-patah yang salah. setiap kali ini berlaku, Buku latihan ku yang uzur dan comot sering menjadi mangsa: koyak dan rabak.
Waktu itu semua orang menyanjungi 'mu'. Tanpa 'mu' hidup tidak bererti. Memang tidak bermakna. Walau pun harga 'mu' tidak seberapa, cuma 20 sen saja, tapi bagi aku anak orang miskin, sering tidak berkemampuan memiliki mu. 20 sen itu ibarat nilainya 2 juta pada masa ini, itu bagi aku. Bagi anak orang kaya, tersimpan empat lima batang dalam geometrinya.
Waktu itu 'engkau' tidak pernah terlepas dari genggaman jari-jemari manusia. Dari muda ke tua semuanya mengagumi 'mu'. Lelaki atau perempuan pasti tidak ada seorang pun yang tidak mengenali 'mu'. Hinggakan ada yang mengigau dan termimpi-mimpikan 'mu'. Tanpa 'mu' hidup mereka tidak sempurna. Tanpa 'mu' segalanya seakan tidak kena.
Kini, enam puluh tahun berlalu, genarasi baru hanya mengenali 'key pad'. Yang mereka kenal hanya 'touch screen'. Tanpa 'mu' pun mereka masih boleh dan mampu lakukan segalanya. Kenangan 'mu' dalam pemikiran mereka sudah semakin malam.
Apa pun, siapakah aku?
Apa pun, siapakah aku?
2 comments:
Hello
Finally! a little free time to make a visit to your blog!
It's not by mistake! But a lack of time because the extent of my blog "directory" beginning to be important and I responds to each request.
It's always nice to your blog, a real pleasure, as a visit
PLS try to bring many people from asia in the directory
Have a great day
friendly
Chris
My Day gift
http://nsm01.casimages.com/img/2009/02/22/090222022916505743194647.jpg
Kunjungan pagi sobat...
Nice share!
Post a Comment