Saya tidak dapat bayangkan betapa sengsaranya menahan dan menanggung kesakitan akibat panasnya bahang api apa lagi kalau seluruh tubuh badan mengalami kelecuran kerana terbakar.
Inilah yang dialami oleh seorang pemuda yang baru berumur 20 tahun apabila dia dibakar hidup-hidup.
Ikuti kisah selanjutnya …
“Dia merintih kesakitan dan merayu diberikan air kerana kehausan,” kata suri rumah, R Selvakodi, 50, menceritakan bagaimana dia membantu Muhammad Syahirudin Mohd Shauki, 20, yang dibakar hidup-hidup, pagi kelmarin.
Syahirudin yang terbakar 80 peratus badannya kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh.
Selvakodi yang tinggal di Kampung Sepakat, Sungai Tengi, di sini, berkata ketika kejadian pada jam 6.40 pagi, dia terlebih dulu terdengar salakan anjing yang kuat sebelum diikuti suara orang meminta tolong di depan rumahnya.
“Seluruh badan dan muka lelaki itu terbakar. Kulitnya menggelupas dan kehitaman, malah rambutnya juga terbakar. Dia menggigil minta diberikan air kerana kehausan.
Sumber: myMetro
2 comments:
Kunjungan malam sambil baca2 entri disini
makasih banyak atas semu info nya ,,,,,
Post a Comment